Sunday 8 January 2012

PENGERTIAN SYARIAH


Assalamualaikum...Hari ni ana ingin kongsi dgn sume berkenaan dengan makna Syariah. Ramai yg biasa dengar perkataan Syariah atau belajar ilmu Syariah tetapi tak jelas lagi apa definisinya dari sudut etimologi dan terminologinya kan. Maklumla ana ni student Syariah n undg2 perbandingan. jadi ini sebahagian dari assignment ana masa mula2 masuk u dulu....uhuhu

PENGERTIAN BAHASA

           Syariah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud jalan untuk diikuti. Secara harafiah, syariah bermakna jalan ke tempat yang mempunyai air. Syariah bukan sahaja jalan yang membawa kepada Allah yang Maha Agung, tetapi jalan yang dipercayai oleh semua orang Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh Allah, iaitu melalui pesuruhNya Nabi Muhammad S.A.W. Dalam Islam Allah sahaja yang Maha Berkuasa dan Dia mempunyai hak untuk mewujudkan jalan sebagai panduan kepada manusia.

PENGERTIAN ISTILAH

Seterusnya perkataan al-Syariah menurut pengertian dan penggunaan istilah dapat dijelaskan sebagaimana berikut:

a)      Pembentukan dan penetapan peraturan yang mana daripadanya dapat diketahui hukum-hukum yang berbentuk praktikal orang mukallaf, apa yang berkaitan dengan perintah serta kaitannya.

b)      Segala peraturan yang telah disyariatkan oleh Allah atau Dia telah mensyariatkan dasar-dasarNya bersumber daripada al-Quran dan hadith. Semua itu agar manusia melaksanakannya untuk diri sendiri dan hubungan dengan Tuhan mereka dan sesama muslim atau orang lain dan alam semesta.

Dalam syariah terdapat penekanan yang jelas tentang hakikat bahawa Allah merupakan pengurnia undang-undang manakala seluryh ummah, iaitu umat Islam hanyalah pemegang amanahNya. Undang-undang manusia merupakan peraturan yang dibentuk oleh badan yang mempunyai kuasa politik tertinggi dan padanyalah terletak kedaulatan. Ia boleh diubah mengikut kehendak majoriti dan pemerintah. Manakala syariah yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah bersifat tetap, tidak boleh diubah oleh manusia seperti mengharamkan arak atau judi. Kepatuhan manusia kepada hukum Allah terbahagi kepada wajib, sunat dan harus. Manakala larangan Allah ke atas manusia terbahagi kepada haram dan makruh.

Hukum hakam dikenali dengan syariah kerana ia merupakan peraturan yang lurus serta hukum yang tersusun tanpa ada sebarang penyelewengan daripada tujuannya yang telah ditetapkan. Antara lain, ia juga dikenali dengan syariah kerana menilai sudut persamaannya dengan sumber air.

Sebagai rumusannya, perkataan syariah tersebut berasal daripada syara’ yang bererti mengadakan syariah. Justeru, daripadanya terbentuk pengertian menyusun, mengadakan kaedah-kaedah, menjelaskan peraturan-peraturan dan menjelaskan hukum-hukum. Oleh itu, Syariah Islam merupakan kumpulan dan sejumlah hukum-hukum yang mana ditetapkan oleh Allah untuk sekalian umat manusia menerusi perantaraan Baginda Rasulullah S.A.W yang termaktub di dalam al-Quran dan hadith.

Sumber : PENGANTAR ASAS-ASAS ISLAM, CHE ZURINA ISMAIL


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me