Saturday, 24 May 2014

Dinner Di UKM

Assalamualaikum.


Post kali ini i would like to story about my DINNER sepanjang ana berada di UKM ini. Hampir 3 tahun menuntut ilmu disini mengukir pelbagai kenangan yang tidak mungkin akan dilupakan. Dinner atau makan malam biasanya diadakan di penghujung setiap sesi. Disebabkan ana ni tahun 3, jadi jemputan dinner tu banyak la kan bagi meraikan pelajar tahun akhir. Sebenarnya banyak manfaat diner ni kalau kita hadiri. Di samping dapat mengenyangkan perut, penganjuran diner dapat mengeratkan hubungan sesama insan. Yelah, time ni sahaja boleh berkumpul. Waktu-waktu lain masing-masing sibuk dengan urusan menuntut ilmu. heheh.. Ana pandang dari sudut positif sahaja. 

Ada juga yang tidak mahu hadir diner kerana 'lagha' katanya. Persembahan yang tak berfaedah la, tarian yang mengasyikkan dan pelbagai lagi alasan seolah-olah diner ini majlis yang melalaikan. Pada ana, its depend on your self. Kalau awak datang diner hendak makan, just makan jela. Itu tujuannya kan. Then balik rumah. Orang bijak tidak akan tolak rezeki percuma. ohoho..

Ana ni terbuka, semua persembahan dalam diner, ana layan. Kadang-kadang benda itu serba sedikit boleh menghilangkan stress kita what. Ana raikan rakan-rakan berlainan agama. Tarian Bollywood ka, Cute Dance Chinese ka, yang penting ana terhibur. Itu biasa. Kita hidup dalam negara yang berlainan agama. Normal la. Mereka sebahagian dari penghuni UKM. Tak kan kita nak boikot diner disebabkan persembahan mereka. Itu pendapat peribadi ana sahaja. Ok, tak perlu dibahaskan panjang lagi. Mari kita ikuti perjalanan dinner ana sepanjang berada di bumi UKM yang terchinta ini.


Malam Anugerah Seni UKM 2011. Me wif Ashuha jadi ajk je bkn dpt anugerah pun. ehe. Kami masuk project ini utk lengkapkan our learning contract (LC). Antara keja yg ana buat ialah buat surat jemputan utk semua pengetua kolej, komfirmkan vip tersebut datang ke tidak, uruskan serba sedikit berkenaan susunan meja diner dan buat perfume sbg gift. Staf Pusat Kebudayaan pun dah kenal kami time tu sbb asyik turun naik DECTAR je nak buat call. 1st time la berpengalaman uruskan diner berskala besar macam ni. Yg bestnye, kami dapat meja, mkn percuma walopun duduk paling belakang sekali. haha




Diner Kolej Burhanuddin Helmi (KBH) 2011/2012. Buat pertama kalinya attended diner kolej yang dibuat di DECTAR. Tema diner adalah White Prism iaitu kale2 pelangi. So, nak pakai baju apa pn bolehlah asalkan kale pelangi. Time ni tak rapat pun dgn diorg atas tu sume even kami satu class. Masih malu2 lg time ni. Diorg ni mmg dh geng sejak dr mereka zaman diploma lg. Yg ana ni sorang2 la xda geng, tp selamber je ckp nak duduk meja sekali. hehe.. (muka xmalu sbb terpaksa). Sian xda kwn time tu. kahkah



Burhanese Tribute Night, diner KBH ketika kami tahun dua,  23 Mei 2013. Yuhuu.. Diner ni up sikit la sbb buat di Hotel Equatorial Bangi. Kami pegi hotel naik kereta alya. Berhimpit la reramai dlm keta dia. Thanks alya! u mmg baik sbb slalu bg kami tumpang keta u. Tema diner ni Sophisticated Red. Ha, tupasal kami semua merah makngah tu kan. Time ni kami dh rapat dh. Glr rapat! Even antara kami ada yg lain2 blok, tp kami satu class. Mereka ni sume kwn2 yg sangat baik, sporting, giler2 mcm ana gak, susah senang kami bersama. UNITY! I miz them. (mata dh masuk habuk, ishh). Ana mmg xblh ckp pasal mrk, tersentuh rasa. Hmm sempat lagi kami bergambar dgn King of The Night malam tu iaitu Adib Aziz. Bangga sekejap la kami sbb Adib tu senior kami. Tahniah Adib. wakaka. Dak Syariah kot yg dpt. Ko ghase??? 



Burhanese Chronicle Majestic Masquerade. Diner KBH tahun akhir kami 23 Mei 2014. Tempat di DECTAR. Baju just formal attire, tp must wear mask. Mmg x la ana nk p beli topeng kan. KBH ada sediakan bg sesiapa yg xsempat beli. Nampak tu, ana amik topeng kale merah, baju pulak jubah yg baru beli kat Bogor, Indonesia hari tu, beg pulak ana bantai kale kuning. Kami mmg bsemangat waja nk p diner thn akhir ni sbb kami dapat duduk paling depan, meja no 1 kot kami dapat. Ko hade? haha. Puas la dpt duk dpn sebab pentas depan mata kan. Persembahan thn ni best gila2, mmg ana terhibur. Release tension buat thesis! huhu. Cuma makanan je xbez, sedap dah tp ckit glr. Tak padan la dgn bayaran kami bayar tu. But its ok, kita bersyukur. Committe dh buat sehabis baik kan. The best part is nampak x Dr. Kadderi atas tu. Ha, itulah pengetua KBH. Akhirnya kami dpt bgambar bsama pengetua yg humble lg hensem ni. Dr. Kad mmg baik tau. Rajin melawat blok kami tanya khabar. Luv KBH, im Dgators!


...............................................................................................................


Masuk kemudian >_<'


Ha, ini pula diner Fakulti Pengajian Islam. Tahun akhir mmg dijemput utk hadir diner ni. Ana x ingat apa temanya, klo xsalah, kekampungan hijau mcm tu. huhu. Mcm biasa kami satu UNITY duduk semeja. Enjoy je semua persembahan yang dipersembahkan oleh adik2 junior kami. Kami dapat gift MUG sorang satu. Ana dpt kale putih. Ada lg xpakai, simpan dlm almari. haha. Time ni la berkumpulnya semua student tahun akhir kelima-lima jabatan di bawah FPI iaitu Jab. Syariah, Jab. Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Jab. Al-Quran dan Al-Sunnah, Jab. Dakwah dan Kepimpinan dan Jab. Usuluddin dan Falsafah.  




Ini pula diner Jabatan Syariah utk tahun akhir. Tempatnya di atas Pusanika UKM. Diner ni sangat menggamit memory ana. Memory lagu Taylor Swift feat ..... Ok, lupakan. Tak ramai pun pensyarah yg datang but ok la. Yg rapat dgn kami datang la mcm Us. Yazid UU Tanah yg sporting, Us Adib Usul Fiqh penasihat Hujjah, Ustazah Che Maryam UU Keluarga, Ustazah Noor Liza Pusaka dan Ustaz Zamro Sistem Kehakiman. Banyak juga anugerah yg diberi mlm tu. Merasa la ana diberi sijil dekan dlm majlis.  Selalunya amik kt pejabat ja. Rasanya yg plg glemer mlm tu unni la. Dia plg byk dpt anugerah terbaik. Queen of the night pun dia jugak. King pulak menjadi milik Rusydi Pokdi bijaksana. Ok, teringat Rusydi yg kelako tu. Inilah bonding time sama2 syariah satu batch buat kali terakhir. Sesungguhnya perkenalan bersama mrk semua ini satu rahmat buat ana. Semuanya baik-baik belaka. Terima kasih ya Allah, indahnya ukhwah dengan mereka ini.


Itulah serba sedikit coretan ana tentang dinner yang pernah ana hadiri sepanjang berada di perbukitan ilmu UKM. Ana suka makan, so kalau ana diner memang pasti ana usaha untuk datang. Itulah pun masa nak reward diri sendiri kan. Why not, yang baik ambil, yang tak baik negatif buang. Simple! Tak payah pertikai sangat pasal dinner ni. Matlamat utama makan kan. So, jangan tolak rezeki. aha. Entry ini agak sedikit lari dari tema kewujudan cebisancahaya, but its memory yang ana nak lakarkan menjadi kenangan terindah ana bersama sahabat-sahabat ana yang ana cintai. Hadirnya mereka dalam hidup ini satu anugerah yang terindah. Silaturrahim itu andai diniatkan kerana Allah, pasti terasa kemanisan ukhwah. Sahabat adalah pelengkap kehidupan. Jika kita bersahabat dengan sahabat yang baik, maka baiklah akhlak kita dan begitulah sebaliknya. Alhamdulillah, Allah hantarkan sahabat2 yang baik dan sentiasa ada dengan ana susah mahupun senang sepanjang ana belajar di sana. Tidak kira lelaki atau perempuan, semua baik belaka. Kita macam adik-beradik. Ana sentiasa merindui mereka semua. Moga ukhwah ini hingga ke syurga Nya. Ameen.


Terima kasih sudi singgah (n_n)v




Wednesday, 18 September 2013

SUBJEK SEMESTER 5 – DEGREE SYARIAH AND COMPARATIVE LAW UKM

Assalamualaikum…

Bersua kembali..aha.. Moga semuanya di dalam Rahmat Yang Maha Esa. Yeah, sekarang ana sudah tahun akhir di UKM. Senior la org biasa cakap.. haha.. Emm kalau hendak cerita pasal perasaan menjadi mahasiswa tahun akhir ni bagi ana macam-macam perasaan. Happy + sedih + bangga + syukur + rasa dah tua pun ada juga. Tetapi, me myself perasaan yang paling dominan sekali menguasai diri ini ialah SEDIH! Lepas ni akan meninggalkan UKM, status mahasiswa itu automaticallynya akan terlucut. Lepas itu kena cari kerja, jadi pekerja pula.

Orang kata apabila sudah bekerja lagi banyak masalah kena fikir, zaman belajar adalah zaman yang paling seronok sekali. Mereka kata la… yang sudah berpengalaman ni..hmm ana selalu fikir juga benda-benda tu. Betul, masa belajar ni kita hanya fikir kumpul seberapa banyak ilmu pengetahuan, datang kuliah, datang tutorial, baca buku untuk skor A+, masuk exam, dapat result. Itu sahaja. Rasa macam nak jadi student ja selama-selamanya…haha…macamlah banyak sangat duit untuk bayar yuran.

       Ana mungkin tidak akan sambung Master lagi sebab ingin kerja dahulu untuk bantu ibu ayah. Kesian ibu ayah. Sampai bila nak tanggung ana kan. Ok, actually hendak kongsi subjek yang ana ambil untuk semester ini. Kelihatannya subjek semester ini cukup taff. Taf? That’s mean macam sukar ja. Yeke? Entahla, tak belajar, maka tak cinta. Ehe.. berlapang dada lah ya Sya hee ra.. Hope ana boleh menguasai kesemua subjek ini dengan jayanya. Insya Allah…



Bil
Kod Kursus
Tajuk Kursus
Set
Taraf
1
PPPG3163
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN PUSAKA, WASIAT DAN WAKAF
1
LJ
2
PPPG3224
LATIHAN ILMIAH
1
WJ
3
PPPG3533
UNDANG-UNDANG ACARA JENAYAH PERBANDINGAN
1
LJ
4
PPPG3543
UNDANG-UNDANG ACARA SIVIL PERBANDINGAN
1
LJ
5
PPPG3553
UNDANG-UNDANG KELUARGA PERBANDINGAN I
1
LJ
6
PPPG3573
UNDANG-UNDANG TORT PERBANDINGAN
1
LJ
Semester 5 – Degree Syariah (Comparative Law)



        Di samping buat Ijazah Sarjana Muda, dalam masa yang sama ana juga buat Diploma Siswazah Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam di UKM(akan dicerita lebih lanjut kemudian). Subjek Diploma bagi semester ini  adalah seperti berikut:


Bil
Kod Kursus
Tajuk Kursus
Set
Taraf
1
PPPK5133
TATACARA JENAYAH DI MAHKAMAH SYARIAH
1
WJ
2
PPPK5233
TATACARA MAL DI MAHKAMAH SYARIAH
1
WJ
3
PPPK5323
KONFLIK UNDANG-UNDANG SYARIAH DAN SIVIL DI MALAYSIA
1
WJ
Semester 3 – Diploma Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam

      Hope this semester ana sentiasa fokus dalam menimba ilmu kerana Allah S.W.T. InsyaAllah… Terima Kasih Ya Allah…


Thursday, 13 June 2013

Komik 33 Pesan Nabi, Jaga Mata, Jaga Telinga, Jaga Mulut



Assalamualaikum

Yuhuuu ana kembali. Sekarang musim exam final. Tapi sekarang ana rileks sikit la sebab gap subjek akan datang jauh jgak la...So ada masa la sikit nak update blog kesayangan ni..ehe.. Post kali ini simple sahaja. Ana nak kongsi sebuah buku yang ana rasa menarik untuk dibaca ketika santai-santai atau untuk menghilangkan strees. Lihat muka hadapannya, look so nice... (sebab itulah tertarik nak beli komik ni).


33 Pesan Nabi (Kulit hadapan)

Kulit belakang

Buku ini ana beli di Pusanika UKM sempena jualan-jualan barangan la kat situ.. dah lama habis baca, bukan tebal pun. 126 muka surat sahaja.. Apa yang menarik ialah buku ini memampatkan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang disampaikan dalam bentuk komik kartun berdialog.. Kartun yang dilukis pun comel-comel belaka. Mudah untuk kita faham hadith-hadith dengan cara begini. Pendekatan baru dalam mempelajari hadith kan. Komik Hadith ini dihasilkan oleh vbi_djenggotten, penulis dari Indonesia. Beliau mendapat anugerah Peraih Nominasi Komik Terbaik Anugerah Pembaca Indonesia 2011. Komik ini bestseller disana. Lihat isi dalamnya...


Cantik kartun yang dilukis

Hujung setiap cerita, dinyatakan petikan hadithnya

Setiap cerita diberi tajuk. Contohnya tajuk 'Etika Menawar'

Oleh hal yang demikian, dapatkan lah di pasaran (wah gitu!). Tak rugi kita mengeluarkan sedikit wang untuk membeli bahan bacaan yang bermanfaat. Tambahan pula komik ini menguatkan lagi pemahaman kita tentang sesuatu hadith di samping dapat menyemai perasaan cintakan hadith yang merupakan sumber rujukan kedua dalam Islam dan seterusnya cintakan Rasulullah S.A.W. Harganya pun agak berpatutan iaitu RM14.90. Seronok, tak rugi beli. Sesuai juga dijadikan hadiah kepada yang tersayang. Wallahua'lam