Saturday, 6 December 2014

Ulasan kes Undang-undang Tort


Assalamualaikum

Kekok. Sudah lama tak update blog kan. Entry kali ni dibawah subjek Undang-undang Tort Perbandingan yang mana subjek ini ana belajar dalam semester 5 di UKM. Perkataan 'tort' itu berasal daripada perkataan Latin. Tort dari sudut bahasa bermakna kesalahan. Semua  tort adalah kesalahan, tetapi tidak semua kesalahan itu adalah tort. Ini kerana mungkin sesuatu kesalahan itu terletak di bawah undang-undang kontrak, jenayah, keluarga, amanah dan sebagainya. 


Pensyarah yang mengajar adalah Prof. Dr. Abdul Basir Bin Mohamad. Pensyarah yang tersangatlah baik dan sempoi. Suaranya agak kuat dan bersemangat ketika mengajar ^_^ (i miss him). Ini adalah tugasan individu yang diberikan kepada ana. Cari kes dan ulas how this case could be judge by islamic law of tort. Ana memilih kes Julaika Bibi v Mydin [1961] MLJ 310 dibawah tajuk pencerobohan ab initio.


Undang-Undang Tort
Kes Julaika Bibi v Mydin [1961] MLJ 310


Apa itu pecerobohan AB INITIO?

Pencerobohan ini merujuk kepada keadaan di mana pada awalnya kemasukan defendan ke dalam tanah plaintif adalah dibenarkan oleh undang-undang, tetapi kemudiannya defendan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan tujuan asal kemasukannya, maka defendan dikira sebagai telah melakukan pencerobohan dari awalnya.


Fakta Kes

Kes Julaika Bibi v Mydin [1961] MLJ 310 adalah di bawah tajuk pencerobohan terhadap tanah dan di bawah sub topik pecerobohan ab initio. Kes ini menceritakan tentang milikan di bawah Lesen Tumpangan Sementara (Temporary Occupational Licence (TOL)). Milikan bermaksud sama ada menduduki tanah itu atau mempunyai kawalan fizikal ke atas tanah itu. Dalam kes ini, terdapat dua Lesen Tumpangan Sementara ke atas sebuah rumah. Lesen pertama yang dipegang oleh defendan membenarkannya menduduki rumah tersebut. Setelah beberapa lama, lesen defendan itu dibatalkan dan plaintif kemudiannya memperolehi suatu lesen yang baru ke atas rumah yang sama. Apabila plaintif berpindah masuk, plaintif mendapati bahawa defendan masih mendiami rumah itu. Plaintif mengambil tindakan di bawah tort pencerobohan. Diputuskan:

(1)  tindakan untuk pengusiran dalam tort akan berada di atas kehendak seorang pemegang Lesen Pendudukan Sementara terhadap penceroboh;

(2)  walaupun pemegang asal Lesen Pendudukan Sementara iaitu Plaintif, memasuki kawasan milik defendan, dia tidak akan dikira sebagai penceroboh. Namun sebaliknya bagi defendan. Defendan dikira sebagai penceroboh apabila lesen sebelumnya telah dibatalkan dengan persetujuan pemegang dan Lesen Pendudukan Sementara yang baru telah dikeluarkan;

(3) walaupun jika defendan tidak menceroboh tanah tersebut, plaintif berhak untuk mendapatkan kembali milikannya berdasarkan fakta dan pernyataan           tuntutan yang dikemukakan.

Hakim di dalam kes ini meragui ketepatan pernyataan pembelaan defendan. Defendan tidak mengemukakan sebarang bukti untuk mengatakan tanah tersebut dalam milikannya sedangkan plaintif membawa saksi-saksinya. Beliau seterusnya mengatakan, saya yakin bahawa prosiding ini adalah betul dipertahankan oleh plaintif dalam kes ini dan tindakan untuk pengusiran dalam tort akan berada di atas kehendak seorang pemegang Lesen Pendudukan Sementara terhadap penceroboh. Oleh itu, Mahkamah memutuskan bahawa permohonan plaintif diterima dan plaintif berhak menuntut daripada defendan kerana seorang pemegang Lesen Tumpangan Sementara berhak untuk mengambil tindakan ke atas seseorang penceroboh.


Dari sudut pandang Sivil

Hak untuk membuat tuntutan adalah terhad kepada plaintif yang mempunyai milikan terhadap tanah sahaja. Oleh yang demikian, plaintif iaitu Julaika Bibi berhak ke atas tanah tersebut dan defendan dikira sebagai penceroboh ab initio. Walaupun pada asalnya defendan mempunyai Lesen Tumpangan Sementara namun ia telah dibatalkan sedangkan plaintif memperolehi suatu lesen yang baru ke atas rumah yang sama.

Hak memasuki suatu kawasan yang diberikan oleh undang-undang kepada seseorang telah disalahgunakan oleh defendan. Hal ini cukup jelas kerana apabila lesen defendan telah dibatalkan, defendan tidak keluar daripada tanah tersebut malahan defendan terus-terusan menduduki tanah/rumah tersebut. Maka setiap tindakan yang dilakukannya dikira suatu kesalahan sejak mula hak itu diberikan bukan bermula dari waktu dia melakukan kesalahan tersebut.

Terdapat dua elemen penting yang boleh diketengahkan untuk mengatakan seseorang itu dikira sebagai  penceroboh ab initio iaitu:

  • Tindakan memasuki sesuatu tempat semestinya telah dibenarkan oleh undang-undang.
  • Tindakan salah yang dilakukan oleh seseorang itu semestinya berbentuk perlakuan sesuatu perbuatan yang menyalahi undang-undang (malfeasance).

Dalam kes ini, kedua-dua elemen di atas memenuhi serta bertepatan dengan defendan. Oleh itu, defendan telah melakukan pencerobohan ab initio.

Di samping itu, undang-undang tort sivil membahagikan jenis-jenis milikan terhadap sesebuah tanah iaitu milikan secara undang-undang, milikan secara fakta, milikan serta-merta, milikan bersama dan milikan di bawah Lesen Tumpangan Sementara (Temporary Occupational Licence (TOL)). Seperti yang dinyatakan di atas, kes ini di bawah milikan Lesen Tumpangan Sementara atau TOL.


Dari sudut pandang Syariah

How this case could be judge by islamic law of tort?

Sekiranya kes ini diadili menurut undang-undang tort Islam, jelas bahawa tindakan defendan adalah sesuatu yang dilarang. Hal ini bertepatan dengan kaedah fiqh yang berkaitan dengan pencerobohan ab initio iaitu merujuk kepada kaedah fiqh berikut:

الجواز الشرعي ينافي الضمان

Maksudnya, keharusan yang diberikan oleh syarak menafikan tanggungan terhadap sebarang pembayaran pampasan. Menurut kaedah ini sebarang perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang melampaui atau melebihi kebenaran yang diberikan oleh undang-undang adalah dilarang dan ditegah. Tindakan defendan sudah dikira melampaui kebenaran undang-undang yang sepatutnya kerana sewaktu lesen defendan dibatalkan seharusnya defendan keluar daripada tanah/rumah tersebut oleh sebab defendan sudah tiada hak ke atas tanah itu walaupun tindakan memasuki tanah itu pada awalnya sah di sisi undang-undang. Maka defendan dikira telah melakukan pencerobohan ab initio dengan tindakannya yang terus mendiami tanah/rumah itu. Hanya plaintif yang berhak ke atas tanah/rumah tersebut setelah plaintif mendapat suatu lesen yang baru ke atas rumah tersebut.

Tanggungan yang dimaksudkan menurut kaedah fiqh ini ialah tanggungan yang wujud disebabkan pencerobohan ab initio. Ia boleh ditanggapi secara umum dalam undang-undang tort Islam apabila merujuk kes sewaan binatang. Sekiranya penyewa melakukan sesuatu tindakan yang melampau atau bertentangan dengan tindakan yang dibenarkan, maka dia bertanggungan. Sebagai contoh, binatang sewaan mengalami kecederaan akibat dibebankan dengan muatan besi, sedangkan binatang itu pada asalnya disewakan untuk membawa muatan buah-buahan. Penyewa binatang boleh dianggap sebagai penceroboh ab initio secara umum dan dia bertanggungan terhadap kecederaan yang dialami oleh binatang sewaan itu.

Berbalik kepada kes yang dibincangkan ini, sekiranya defendan menyebabkan kerosakan atau kecacatan terhadap rumah yang didiami itu, maka defendan bertanggungjawab tehadap kerosakan rumah tersebut. Mengikut undang-undang Islam, dalam kes memasuki tanah milik seseorang, pihak yang telah diberi kuasa oleh undang-undang untuk memasukinya, tidak boleh menyalahgunakan kuasa yang diberikan. Jika penyalahgunaan kuasa berlaku, maka pihak tersebut dikira sebagai penceroboh ab initio ataupun dikenali sebagai muta’addi. Tindakan pencerobohan ke atas tanah orang lain, sama ada dilakukan oleh individu kepada individu atau negara ke atas negara lain, sama sekali tidak dibenarkan oleh undang-undang Islam.

Dalam undang-undang tort Islam elemen pencerobohan ab initio berdasarkan kaedah fiqh di atas ialah:

·      Tindakan yang telah dilakukan oleh seseorang itu melampaui kebenaran yang telah diberikan oleh undang-undang.

·      Penceroboh ab initio adalah bertanggungan sekiranya berlaku kecacatan atau kerosakan terhadap rumah/tanah.

Dalam kes ini, elemen pertama bertepatan dengan defendan kerana lesen TOL defendan telah dibatalkan dan sepatutnya defendan perlu keluar daipada tanah/rumah tersebut. Jika berlaku kecacatan atau kerosakan, penceroboh ab initio adalah bertanggungan berdasarkan elemen kedua.

Di samping itu, undang-undang tort Islam tidak membahagikan jenis-jenis milikan terhadap sesebuah tanah. Apa yang penting ialah milikan seseorang terhadap sesebuah tanah perlulah sah di sisi undang-undang.

Daripada perbincangan di atas, didapati tiada perbezaan yang besar sekiranya kes Julaika Bibi v Mydin diadili menurut undang-undang tort Islam. Dapatlah dirumuskan bahawa, seseorang yang telah diberi kuasa undang-undang, tidak boleh menyalahgunakan kuasa tersebut atau melakukan tindakan yang melampaui kuasa yang telah diberikan. Jika tindakan memasuki tanah milik orang lain masih perlu dilakukan, maka tindakan itu tidak boleh dibuat sesuka hati, tetapi perlu mengikut cara dan prosedur yang sewajarnya. Jika tidak, seseorang itu boleh didakwa sebagai penceroboh ab initio.

Dari sudut pandang syariah itu adalah pandangan dan pemahaman ana sahaja dan melihat kepada buku rujukan tulisan prof. Masa ana present tu pun prof setuju dengan apa yang ana bahaskan. Alhamdulillah. Ana seronok belajar subjek ni sebab its simple dan sangatlah menarik ok. Ha, bawah ni adalah gambar kenangan kami setelah habis satu semester belajar subjek ni.ehe 

      Gambaq ni ambil dari ig Nikman (yg buat muka pelik tu). 
Tq nikmanniqmot! hehe


   Rujukan utama kami. Buku yg ditulis oleh prof. sendiri.

 

Semoga entry ini bermanfaat.


Thursday, 17 July 2014

PPPY 1142: Video Maharat Istima' UKM (Ana Muhajiroh)

Assalamualaikum.

Kali ini ana mahu cadangkan satu cerita kartun arab untuk ditonton. Actually, ketika ana semester 4 di UKM ana mengambil subjek Maharat Istima’ yang mana salah satu aktiviti subjek ini adalah perlu mendengar, memahami dan mengkaji video yang berbahasa arab. Disebabkan ana ni gemar menonton kartun, jadi ana memilih video yang berunsur kartun la kan. Semestinya berhari-hari ana search dan pilih yang terbaik untuk di’istima’kan..aha..

Sehinggalah ana terjumpa video ini. Tajuknya ANA MUHAJIROH. Dalam Bahasa Malaysia nya, Saya Penghijrah. Kartunnya cute, gambar pun jelas dan bahasa yang digunakan pun mudah difahami. Maksudnya bukanlah Bahasa Arab yang ammi, yang susah nak faham kan. Senang cerita, kartun ni, sesuai sangatlah dengan standard ana yang masih merangkak-rangkak dalam Bahasa Arab ni. Hehe

Link cerita ini:  http://www.youtube.com/watch?v=8BARYyYp_oQ


 Berikut adalah watak-watak dalam cerita ini:


      
Bulbulak. Watak utama.
                     
                                          Ruzi. Manusia. Penggerak cerita.


  Rumba. Arnab. Dia suka gerak2kan
   badan dia. Comel sgt!
                      
                           Bainun. Seekor beruang. 






Berikut adalah isi penting dalam slide presentation hasil penelitian ana di dalam cerita ini:






















Pensyarah yang bertuah dapat anak murid mcm ana ni ialah Ustazah Nur Syazwina Mustafa. Dah 2semester ana ambil maharat dengan dia. Ana memang pilih dia. Selesa belajar dengan ustazah. Walaupun dalam kelas untuk semester 4 ni, ana sorang perempuan! Yang lain semua muslimin daripada Jabatan Dakwah pulak tu. (Ghazni, Syafiq, Naquib dll >Diorg ni kelakar + happening glr2. Gelak xhenti dgr lawak diorg) Ana sanggup kot. Ada ana kisah (hahaha), yang penting ana selesa dengan ustazah. Cara ustazah mengajar ana mudah faham. 


Pada mulanya, ana terkejut juga. Tak sangka pula ana sorang perempuan. Ustazah pun terkejut ana masih stay di set tu. Haha.. Masa daftar subjek pun ana tak berpakat dengan kawan-kawan. Memang stail ana macam tu. Ana susun jadual ikut suka ana. Kalau ikut kawan ni, susah. Nak kena matching dengan dia la. Subjek yang diambil antara satu sama lain pun berbeza. Ana banyak drop subjek, tarik subjek ke depan. So, berbeza dengan orang lain. Jadi buat hal sendiri je la ye. aha

 Ni la ustazah Syazwina. Rambutan tepi tu ustazah yg bawa. 
Ustzh suka bawa makanan utk kami..hehe


Kelihatan ustazah sedang menerangkan sesuatu.


Moga entry ini bermanfaat. Alfu syukran ustazah atas segala ilmunya. ^_^'





Saturday, 24 May 2014

Dinner Di UKM

Assalamualaikum.


Post kali ini i would like to story about my DINNER sepanjang ana berada di UKM ini. Hampir 3 tahun menuntut ilmu disini mengukir pelbagai kenangan yang tidak mungkin akan dilupakan. Dinner atau makan malam biasanya diadakan di penghujung setiap sesi. Disebabkan ana ni tahun 3, jadi jemputan dinner tu banyak la kan bagi meraikan pelajar tahun akhir. Sebenarnya banyak manfaat diner ni kalau kita hadiri. Di samping dapat mengenyangkan perut, penganjuran diner dapat mengeratkan hubungan sesama insan. Yelah, time ni sahaja boleh berkumpul. Waktu-waktu lain masing-masing sibuk dengan urusan menuntut ilmu. heheh.. Ana pandang dari sudut positif sahaja. 

Ada juga yang tidak mahu hadir diner kerana 'lagha' katanya. Persembahan yang tak berfaedah la, tarian yang mengasyikkan dan pelbagai lagi alasan seolah-olah diner ini majlis yang melalaikan. Pada ana, its depend on your self. Kalau awak datang diner hendak makan, just makan jela. Itu tujuannya kan. Then balik rumah. Orang bijak tidak akan tolak rezeki percuma. ohoho..

Ana ni terbuka, semua persembahan dalam diner, ana layan. Kadang-kadang benda itu serba sedikit boleh menghilangkan stress kita what. Ana raikan rakan-rakan berlainan agama. Tarian Bollywood ka, Cute Dance Chinese ka, yang penting ana terhibur. Itu biasa. Kita hidup dalam negara yang berlainan agama. Normal la. Mereka sebahagian dari penghuni UKM. Tak kan kita nak boikot diner disebabkan persembahan mereka. Itu pendapat peribadi ana sahaja. Ok, tak perlu dibahaskan panjang lagi. Mari kita ikuti perjalanan dinner ana sepanjang berada di bumi UKM yang terchinta ini.


Malam Anugerah Seni UKM 2011. Me wif Ashuha jadi ajk je bkn dpt anugerah pun. ehe. Kami masuk project ini utk lengkapkan our learning contract (LC). Antara keja yg ana buat ialah buat surat jemputan utk semua pengetua kolej, komfirmkan vip tersebut datang ke tidak, uruskan serba sedikit berkenaan susunan meja diner dan buat perfume sbg gift. Staf Pusat Kebudayaan pun dah kenal kami time tu sbb asyik turun naik DECTAR je nak buat call. 1st time la berpengalaman uruskan diner berskala besar macam ni. Yg bestnye, kami dapat meja, mkn percuma walopun duduk paling belakang sekali. haha




Diner Kolej Burhanuddin Helmi (KBH) 2011/2012. Buat pertama kalinya attended diner kolej yang dibuat di DECTAR. Tema diner adalah White Prism iaitu kale2 pelangi. So, nak pakai baju apa pn bolehlah asalkan kale pelangi. Time ni tak rapat pun dgn diorg atas tu sume even kami satu class. Masih malu2 lg time ni. Diorg ni mmg dh geng sejak dr mereka zaman diploma lg. Yg ana ni sorang2 la xda geng, tp selamber je ckp nak duduk meja sekali. hehe.. (muka xmalu sbb terpaksa). Sian xda kwn time tu. kahkah



Burhanese Tribute Night, diner KBH ketika kami tahun dua,  23 Mei 2013. Yuhuu.. Diner ni up sikit la sbb buat di Hotel Equatorial Bangi. Kami pegi hotel naik kereta alya. Berhimpit la reramai dlm keta dia. Thanks alya! u mmg baik sbb slalu bg kami tumpang keta u. Tema diner ni Sophisticated Red. Ha, tupasal kami semua merah makngah tu kan. Time ni kami dh rapat dh. Glr rapat! Even antara kami ada yg lain2 blok, tp kami satu class. Mereka ni sume kwn2 yg sangat baik, sporting, giler2 mcm ana gak, susah senang kami bersama. UNITY! I miz them. (mata dh masuk habuk, ishh). Ana mmg xblh ckp pasal mrk, tersentuh rasa. Hmm sempat lagi kami bergambar dgn King of The Night malam tu iaitu Adib Aziz. Bangga sekejap la kami sbb Adib tu senior kami. Tahniah Adib. wakaka. Dak Syariah kot yg dpt. Ko ghase??? 



Burhanese Chronicle Majestic Masquerade. Diner KBH tahun akhir kami 23 Mei 2014. Tempat di DECTAR. Baju just formal attire, tp must wear mask. Mmg x la ana nk p beli topeng kan. KBH ada sediakan bg sesiapa yg xsempat beli. Nampak tu, ana amik topeng kale merah, baju pulak jubah yg baru beli kat Bogor, Indonesia hari tu, beg pulak ana bantai kale kuning. Kami mmg bsemangat waja nk p diner thn akhir ni sbb kami dapat duduk paling depan, meja no 1 kot kami dapat. Ko hade? haha. Puas la dpt duk dpn sebab pentas depan mata kan. Persembahan thn ni best gila2, mmg ana terhibur. Release tension buat thesis! huhu. Cuma makanan je xbez, sedap dah tp ckit glr. Tak padan la dgn bayaran kami bayar tu. But its ok, kita bersyukur. Committe dh buat sehabis baik kan. The best part is nampak x Dr. Kadderi atas tu. Ha, itulah pengetua KBH. Akhirnya kami dpt bgambar bsama pengetua yg humble lg hensem ni. Dr. Kad mmg baik tau. Rajin melawat blok kami tanya khabar. Luv KBH, im Dgators!


...............................................................................................................


Masuk kemudian >_<'


Ha, ini pula diner Fakulti Pengajian Islam. Tahun akhir mmg dijemput utk hadir diner ni. Ana x ingat apa temanya, klo xsalah, kekampungan hijau mcm tu. huhu. Mcm biasa kami satu UNITY duduk semeja. Enjoy je semua persembahan yang dipersembahkan oleh adik2 junior kami. Kami dapat gift MUG sorang satu. Ana dpt kale putih. Ada lg xpakai, simpan dlm almari. haha. Time ni la berkumpulnya semua student tahun akhir kelima-lima jabatan di bawah FPI iaitu Jab. Syariah, Jab. Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Jab. Al-Quran dan Al-Sunnah, Jab. Dakwah dan Kepimpinan dan Jab. Usuluddin dan Falsafah.  




Ini pula diner Jabatan Syariah utk tahun akhir. Tempatnya di atas Pusanika UKM. Diner ni sangat menggamit memory ana. Memory lagu Taylor Swift feat ..... Ok, lupakan. Tak ramai pun pensyarah yg datang but ok la. Yg rapat dgn kami datang la mcm Us. Yazid UU Tanah yg sporting, Us Adib Usul Fiqh penasihat Hujjah, Ustazah Che Maryam UU Keluarga, Ustazah Noor Liza Pusaka dan Ustaz Zamro Sistem Kehakiman. Banyak juga anugerah yg diberi mlm tu. Merasa la ana diberi sijil dekan dlm majlis.  Selalunya amik kt pejabat ja. Rasanya yg plg glemer mlm tu unni la. Dia plg byk dpt anugerah terbaik. Queen of the night pun dia jugak. King pulak menjadi milik Rusydi Pokdi bijaksana. Ok, teringat Rusydi yg kelako tu. Inilah bonding time sama2 syariah satu batch buat kali terakhir. Sesungguhnya perkenalan bersama mrk semua ini satu rahmat buat ana. Semuanya baik-baik belaka. Terima kasih ya Allah, indahnya ukhwah dengan mereka ini.


Itulah serba sedikit coretan ana tentang dinner yang pernah ana hadiri sepanjang berada di perbukitan ilmu UKM. Ana suka makan, so kalau ana diner memang pasti ana usaha untuk datang. Itulah pun masa nak reward diri sendiri kan. Why not, yang baik ambil, yang tak baik negatif buang. Simple! Tak payah pertikai sangat pasal dinner ni. Matlamat utama makan kan. So, jangan tolak rezeki. aha. Entry ini agak sedikit lari dari tema kewujudan cebisancahaya, but its memory yang ana nak lakarkan menjadi kenangan terindah ana bersama sahabat-sahabat ana yang ana cintai. Hadirnya mereka dalam hidup ini satu anugerah yang terindah. Silaturrahim itu andai diniatkan kerana Allah, pasti terasa kemanisan ukhwah. Sahabat adalah pelengkap kehidupan. Jika kita bersahabat dengan sahabat yang baik, maka baiklah akhlak kita dan begitulah sebaliknya. Alhamdulillah, Allah hantarkan sahabat2 yang baik dan sentiasa ada dengan ana susah mahupun senang sepanjang ana belajar di sana. Tidak kira lelaki atau perempuan, semua baik belaka. Kita macam adik-beradik. Ana sentiasa merindui mereka semua. Moga ukhwah ini hingga ke syurga Nya. Ameen.


Terima kasih sudi singgah (n_n)v