Tuesday, 17 February 2015

Bukit Bendera, Pulau Pinang

Assalamualaikum


Last week ana berkesempatan melawat Bukit Bendera atau in english we call Penang Hill. This is my second time actually. Before this ana pergi ke sana semasa ana berumur 11@10 tahun (im not sure). Oleh hal yang demikian sudah pastilah terlalu banyak perubahan yang berlaku di atas bukit tersebut. Jalan hendak ke sana pun sudah lain sampaikan kami sesat! (Ayah dah lupa jalan). Even pakai waze pun tak jalan. So, jangat percaya gps bulat2. haha.. 

Ok, ana ingin berkongsi sedikit maklumat. Tiket untuk naik pelbagai harga. Anda perlu menunjukkan Mykad untuk membuktikan anda adalah warganegara Malaysia. Satu Mykad untuk satu tiket. 



UNTUK WARGA TEMPATAN 
                      Dewasa      : RM10.00/ RM8.00
Kanak-kanak   : RM4.00
Warga Emas   : RM4.00
                                                Pelajar      : RM4.00 (Tunjuk kad matrik anda)
                                              Pakej Keluarga   : RM18.00 (2 Dewasa & 2 Kanak-kanak)

UNTUK WARGA ASING 
           Dewasa     : RM30.00
     Kanak-kanak   : RM15.00
     Pakej Keluarga : RM70.00 



Di hadapan Bukit Bendera sebelum menaiki tren.

Pemandangan dari dalam tren ketika perjalanan menuju ke puncak. Yeahh!!

Pemandangan daripada atas bukit. Subhanallah sangat cantik.

Lagi pemandangan. Did u see laut di hujung tu??

Boleh lihat secara dekat bandar Penang guna 'teropong' ni. Masuk je duit RM1 dekat kotak hitam bawah tu. Yang bez nya ana terteropong kapal sedang belayar di lautan. Wow! macam kapal tu dok depan mata kita ja. 

Bukan dekat korea ja ada lock love ni. Mesia pun ada tau. Ini lah salah satu tarikan Bukit Bendera.

Dalam perjalanan nak ke tempat parking, i spot this. haha. Selalu ana naik rapid KL je, bila terjumpa rapid Penang ni rasa 'perak' pulak. ekeke


Cuma nak cakap, I love Penang Hill. Ok, thats all. Have a nice trip :)

Monday, 5 January 2015

Kolej Burhanuddin Helmi, KBH UKM

Assalamualaikum



Rindu nak belajar, rindu fakulti, rindu kawan2, rindu pensyarah, rindu KBH dan rindu UKM!!! Arghh seday sangat-sangat. Ok, malas nak layan sedih tu, nanti apa pun tak jadi. Now, ana nak mempersembahkan atau memperkenalkan kolej kediaman kesayangan ana sepanjang ana belajar di UKM. Memang tak tukaq kolej dah. 3 tahun dok situ. Setia pada yang satu walau apa jua keadaan yang berlaku di KBH tersebut. aha. Setia itu penting ok. 

Entry ini sangatlah berguna kepada newbies2 di luar sana yang berjaya masuk UKM dan dapat duduk KBH ni. Sepanjang 'hakak' duduk KBH ni dik, memang 'hakak' tersangatlah puas hati. Selesa, perabut yang cantik, locker yang besar gedabak, ruang bilik yang agak besar, ada pantry, peti ais, washing machine, TV, dekat dengan fakulti 'hakak' iaitu FPI, pengetua yang sporting dan humble, cafe yang gojez lagi murah makanannya, dekat dengan masjid universiti, pusat kesihatan, DECTAR, canselori dan pusanika. Ha, lengkap semua! Apalagi yang kau nak.hahaha.. >_< 

Tapi betul, memang ana puas hati. Cuma kadang-kadang ada masalah air. Biasalah UKM kan. Tak dapat dipisahkan dengan masalah air. Tapi im so lucky. Blok ana selalu tak effect. Tambah-tambah masa tahun akhir, ana dapat blok flatlet yang kedudukannya bawah bukit sikit. So, air selalu sampai. Memang heaven la kan. Semua orang sibuk cari air, kita rileks je. Alhamdulillah rezeki ana. 


Tadaa.. Inilah foyer KBH. Tingkat bawah ada pejabat, kiosk, bilik aktiviti.  Tingkat atas terletaknya cafe dan bilik2 persatuan. Ahlan wasahlan! Im D'gators. Gambar ini ihsan ccc-ukm.blogspot.com.


1: Ruang foyer KBH. Selalu nak jumpa kawan2, discussing, meeting boleh disini.

2: Blok asrama. 4 tingkat. Berbentuk bulat ditengahnya ada court. So sini la ana selalu berbadminton dgn Salha(roomate) & Eng Loo, Tee(neighbour).

3: Bukit KBH. Memang semua kolej di UKM ni berbukit. Mendaki la tiap2 hari deh. Sebab tu UKM digelar perbukitan ilmu.


4: Bilik-bilik asrama tahun 1.


1: Pemandangan KBH daripada tempat menunggu bas.

2: Inilah bus stop KBH. No 13 okeyy.. No ni berguna bilamana adik ana iaitu anje or nani dtg UKM utk lepak(bhs sopannya adalah duduk-duduk) bsama ana menghabiskan hujung minggu diorg. Senang. Just informed her, ko turun kt bus stop no13 tau. aha. Tak payah susah payah p amik dia kat ktm ukm nun.

3: Pusat kesihatan. Betul-betul depan KBH. Belakang bus stop tu. Klo warga KBH sakit just walk je la ke PK tu. Klo bebudak kolej lain kenalah naik bas atau moto ke sini. Bertuah warga KBH. Tupasal mereka sihat2 belaka.huhu


..........................................................................


Suasana bilik pelajar tahun 1. Blok asrama.


Satu bilik dua orang. Perabutnya kayu yang kukuh lagi berkilat. Nampak tak lantai berkilat tu? Dah boleh buat cermin dah tu.haha. Yang pintu2 kat hujung tu adalah rak kasut. Sweet kan. aha. Inilah bilik ana semasa tahun 1 dulu.


1: Loker dua pintu yang sangat besar, meja belajar dan rak buku diatasnya. Abaikan baldi bawah meja tu okeyy. Ana dah tak tahu nak letak mana.

2: Penyidai tuala dan telekung ada di kaki katil. Tu, belon cenonet kat langsir tu ana saja gantung sbg hiasan. Asalnya besar, makin lama angin dia pun dh keluar.

3: Nampak tak wayar putih belakang laptop tu? Itulah wayar WIFI. Klo pakai wayar tu, pehh intenet laju sampai tak terkejar kot. No loading2 hokeyy. Mmg terbaik! Tupasal ana layan cerekarama TV3 tu. ehe.. Klo xpakai wayar tu pun laju jgk. Better pakai la.



.....................................................................................










Suasana bilik pelajar senior. Flatlet (single).

Tadaa. Ini pula bilik ana semasa ana tahun akhir di UKM. Bilik single. Privasi ok. Mmg ana suka duduk sorang. Klo nak nyanyi kuat2 pun bebas, xda siapa nak tegur suara kita sumbang. kahkah. Ini pemandangan dari luar bilik. Sorry la ye, macam serabut sikit bilik ana ni.



Cadar tu mickey n minnie mouse la pulak kan. Makin besar makin tak matang pulak eh cadar aku ni.. n_n'. Bilik senior ni konsep perabutnya besi. Still best.



Ini loker. Yang bestnye besi ni, boleh lekat-lekat magnet. So, segala gambar ke, fridge magnet ke kita boleh tempek kat situ. Sorry, ada baju terkeluar sikit dari loker tu. >_<





Ha, laci bawah katil ni sangatlah bez tau. Macam2 boleh kita taruk. Ana taruk hanger, pengepit baju, plastik, gunting, gam dan segala barang pertukangan lain. Buku di tepi bantal tu pula sengaja ana letak situ sebagai bed time story book. Dan jugak dgn harapan agar semasa ana tidur segala ilmu dlm buku tu boleh diserap oleh otak. So, xpayah baca buku dah. hahaha


1: Rak buku. Sikit je buku letak situ sbb xnk nmpak serabut. Rak buku utama ana di laci meja study tu. Frame gambar classmate ana semadikan disitu.

2: Penyangkut baju, telekung dan towel.

3: Hiasan depan loker. See, seronok dapat loker besi. haha

4: Hiasan lagi. Paparan gambar2 family and frenz. Mmg hobi ana buat benda2 mcm ni. Nak bagi bilik berseri la ckit. Baru semangat study tu datang.




Inilah ruang dalaman locker. Besau kan, Sesuai la dgn ana yg barang mmg byk ni. Divider2 tu kita boleh adjust nak besar mana.


Stok makanan utk breakfast and supper. Mmg akan sentiasa mcm ni. Habis je beli. Sebabnya waktu malam ana selalu lapo. Student kan. Waktu malam msti lapar mybe sbb byk sgt perah otak buat assaignment. Waktu mlm ana jarang p cafe, so kena ada stok makanan la. Sampaikan my frenz told me, dah mcm kedai runcit aku tgk loker ko ni. haha



Ini calendar YB Nurul Izzah. My fav calendar sbb warna warni. Cantik kan. YB Nurul pun cantik kan. My pak ngah yg kasi. Dia org kuat YB. Tq pak ngah! Calendar ni telah menjadikan bilik ira disinari cahaya pelangi. :) (Kan best klo gambar YB tu digantikan dgn gambar ana)

Only Allah knows betapa ana rindunya nak kembali ke UKM dan duduk KBH semula. Terlalu banyak kenangan disana. 3 tahun sahaja telah menciptakan satu memory indah yang tidak mungkin ana lupakan. Terima kasih Ya Allah, aku merasa bahagia dan berbangga menjadi salah seorang penuntut ilmu di sana. Moga suatu hari nanti waris aku berpeluang merasa apa yang ibunya rasa dahulu. Hmm ana berangan. Tapi tak mustahil kan. Ok, terima kasih atas lawatan ke entry ini. 



Hatiku tertinggal di KBH, UKM 





Saturday, 6 December 2014

Ulasan kes Undang-undang Tort


Assalamualaikum

Kekok. Sudah lama tak update blog kan. Entry kali ni dibawah subjek Undang-undang Tort Perbandingan yang mana subjek ini ana belajar dalam semester 5 di UKM. Perkataan 'tort' itu berasal daripada perkataan Latin. Tort dari sudut bahasa bermakna kesalahan. Semua  tort adalah kesalahan, tetapi tidak semua kesalahan itu adalah tort. Ini kerana mungkin sesuatu kesalahan itu terletak di bawah undang-undang kontrak, jenayah, keluarga, amanah dan sebagainya. 


Pensyarah yang mengajar adalah Prof. Dr. Abdul Basir Bin Mohamad. Pensyarah yang tersangatlah baik dan sempoi. Suaranya agak kuat dan bersemangat ketika mengajar ^_^ (i miss him). Ini adalah tugasan individu yang diberikan kepada ana. Cari kes dan ulas how this case could be judge by islamic law of tort. Ana memilih kes Julaika Bibi v Mydin [1961] MLJ 310 dibawah tajuk pencerobohan ab initio.


Undang-Undang Tort
Kes Julaika Bibi v Mydin [1961] MLJ 310


Apa itu pecerobohan AB INITIO?

Pencerobohan ini merujuk kepada keadaan di mana pada awalnya kemasukan defendan ke dalam tanah plaintif adalah dibenarkan oleh undang-undang, tetapi kemudiannya defendan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan tujuan asal kemasukannya, maka defendan dikira sebagai telah melakukan pencerobohan dari awalnya.


Fakta Kes

Kes Julaika Bibi v Mydin [1961] MLJ 310 adalah di bawah tajuk pencerobohan terhadap tanah dan di bawah sub topik pecerobohan ab initio. Kes ini menceritakan tentang milikan di bawah Lesen Tumpangan Sementara (Temporary Occupational Licence (TOL)). Milikan bermaksud sama ada menduduki tanah itu atau mempunyai kawalan fizikal ke atas tanah itu. Dalam kes ini, terdapat dua Lesen Tumpangan Sementara ke atas sebuah rumah. Lesen pertama yang dipegang oleh defendan membenarkannya menduduki rumah tersebut. Setelah beberapa lama, lesen defendan itu dibatalkan dan plaintif kemudiannya memperolehi suatu lesen yang baru ke atas rumah yang sama. Apabila plaintif berpindah masuk, plaintif mendapati bahawa defendan masih mendiami rumah itu. Plaintif mengambil tindakan di bawah tort pencerobohan. Diputuskan:

(1)  tindakan untuk pengusiran dalam tort akan berada di atas kehendak seorang pemegang Lesen Pendudukan Sementara terhadap penceroboh;

(2)  walaupun pemegang asal Lesen Pendudukan Sementara iaitu Plaintif, memasuki kawasan milik defendan, dia tidak akan dikira sebagai penceroboh. Namun sebaliknya bagi defendan. Defendan dikira sebagai penceroboh apabila lesen sebelumnya telah dibatalkan dengan persetujuan pemegang dan Lesen Pendudukan Sementara yang baru telah dikeluarkan;

(3) walaupun jika defendan tidak menceroboh tanah tersebut, plaintif berhak untuk mendapatkan kembali milikannya berdasarkan fakta dan pernyataan           tuntutan yang dikemukakan.

Hakim di dalam kes ini meragui ketepatan pernyataan pembelaan defendan. Defendan tidak mengemukakan sebarang bukti untuk mengatakan tanah tersebut dalam milikannya sedangkan plaintif membawa saksi-saksinya. Beliau seterusnya mengatakan, saya yakin bahawa prosiding ini adalah betul dipertahankan oleh plaintif dalam kes ini dan tindakan untuk pengusiran dalam tort akan berada di atas kehendak seorang pemegang Lesen Pendudukan Sementara terhadap penceroboh. Oleh itu, Mahkamah memutuskan bahawa permohonan plaintif diterima dan plaintif berhak menuntut daripada defendan kerana seorang pemegang Lesen Tumpangan Sementara berhak untuk mengambil tindakan ke atas seseorang penceroboh.


Dari sudut pandang Sivil

Hak untuk membuat tuntutan adalah terhad kepada plaintif yang mempunyai milikan terhadap tanah sahaja. Oleh yang demikian, plaintif iaitu Julaika Bibi berhak ke atas tanah tersebut dan defendan dikira sebagai penceroboh ab initio. Walaupun pada asalnya defendan mempunyai Lesen Tumpangan Sementara namun ia telah dibatalkan sedangkan plaintif memperolehi suatu lesen yang baru ke atas rumah yang sama.

Hak memasuki suatu kawasan yang diberikan oleh undang-undang kepada seseorang telah disalahgunakan oleh defendan. Hal ini cukup jelas kerana apabila lesen defendan telah dibatalkan, defendan tidak keluar daripada tanah tersebut malahan defendan terus-terusan menduduki tanah/rumah tersebut. Maka setiap tindakan yang dilakukannya dikira suatu kesalahan sejak mula hak itu diberikan bukan bermula dari waktu dia melakukan kesalahan tersebut.

Terdapat dua elemen penting yang boleh diketengahkan untuk mengatakan seseorang itu dikira sebagai  penceroboh ab initio iaitu:

  • Tindakan memasuki sesuatu tempat semestinya telah dibenarkan oleh undang-undang.
  • Tindakan salah yang dilakukan oleh seseorang itu semestinya berbentuk perlakuan sesuatu perbuatan yang menyalahi undang-undang (malfeasance).

Dalam kes ini, kedua-dua elemen di atas memenuhi serta bertepatan dengan defendan. Oleh itu, defendan telah melakukan pencerobohan ab initio.

Di samping itu, undang-undang tort sivil membahagikan jenis-jenis milikan terhadap sesebuah tanah iaitu milikan secara undang-undang, milikan secara fakta, milikan serta-merta, milikan bersama dan milikan di bawah Lesen Tumpangan Sementara (Temporary Occupational Licence (TOL)). Seperti yang dinyatakan di atas, kes ini di bawah milikan Lesen Tumpangan Sementara atau TOL.


Dari sudut pandang Syariah

How this case could be judge by islamic law of tort?

Sekiranya kes ini diadili menurut undang-undang tort Islam, jelas bahawa tindakan defendan adalah sesuatu yang dilarang. Hal ini bertepatan dengan kaedah fiqh yang berkaitan dengan pencerobohan ab initio iaitu merujuk kepada kaedah fiqh berikut:

الجواز الشرعي ينافي الضمان

Maksudnya, keharusan yang diberikan oleh syarak menafikan tanggungan terhadap sebarang pembayaran pampasan. Menurut kaedah ini sebarang perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang melampaui atau melebihi kebenaran yang diberikan oleh undang-undang adalah dilarang dan ditegah. Tindakan defendan sudah dikira melampaui kebenaran undang-undang yang sepatutnya kerana sewaktu lesen defendan dibatalkan seharusnya defendan keluar daripada tanah/rumah tersebut oleh sebab defendan sudah tiada hak ke atas tanah itu walaupun tindakan memasuki tanah itu pada awalnya sah di sisi undang-undang. Maka defendan dikira telah melakukan pencerobohan ab initio dengan tindakannya yang terus mendiami tanah/rumah itu. Hanya plaintif yang berhak ke atas tanah/rumah tersebut setelah plaintif mendapat suatu lesen yang baru ke atas rumah tersebut.

Tanggungan yang dimaksudkan menurut kaedah fiqh ini ialah tanggungan yang wujud disebabkan pencerobohan ab initio. Ia boleh ditanggapi secara umum dalam undang-undang tort Islam apabila merujuk kes sewaan binatang. Sekiranya penyewa melakukan sesuatu tindakan yang melampau atau bertentangan dengan tindakan yang dibenarkan, maka dia bertanggungan. Sebagai contoh, binatang sewaan mengalami kecederaan akibat dibebankan dengan muatan besi, sedangkan binatang itu pada asalnya disewakan untuk membawa muatan buah-buahan. Penyewa binatang boleh dianggap sebagai penceroboh ab initio secara umum dan dia bertanggungan terhadap kecederaan yang dialami oleh binatang sewaan itu.

Berbalik kepada kes yang dibincangkan ini, sekiranya defendan menyebabkan kerosakan atau kecacatan terhadap rumah yang didiami itu, maka defendan bertanggungjawab tehadap kerosakan rumah tersebut. Mengikut undang-undang Islam, dalam kes memasuki tanah milik seseorang, pihak yang telah diberi kuasa oleh undang-undang untuk memasukinya, tidak boleh menyalahgunakan kuasa yang diberikan. Jika penyalahgunaan kuasa berlaku, maka pihak tersebut dikira sebagai penceroboh ab initio ataupun dikenali sebagai muta’addi. Tindakan pencerobohan ke atas tanah orang lain, sama ada dilakukan oleh individu kepada individu atau negara ke atas negara lain, sama sekali tidak dibenarkan oleh undang-undang Islam.

Dalam undang-undang tort Islam elemen pencerobohan ab initio berdasarkan kaedah fiqh di atas ialah:

·      Tindakan yang telah dilakukan oleh seseorang itu melampaui kebenaran yang telah diberikan oleh undang-undang.

·      Penceroboh ab initio adalah bertanggungan sekiranya berlaku kecacatan atau kerosakan terhadap rumah/tanah.

Dalam kes ini, elemen pertama bertepatan dengan defendan kerana lesen TOL defendan telah dibatalkan dan sepatutnya defendan perlu keluar daipada tanah/rumah tersebut. Jika berlaku kecacatan atau kerosakan, penceroboh ab initio adalah bertanggungan berdasarkan elemen kedua.

Di samping itu, undang-undang tort Islam tidak membahagikan jenis-jenis milikan terhadap sesebuah tanah. Apa yang penting ialah milikan seseorang terhadap sesebuah tanah perlulah sah di sisi undang-undang.

Daripada perbincangan di atas, didapati tiada perbezaan yang besar sekiranya kes Julaika Bibi v Mydin diadili menurut undang-undang tort Islam. Dapatlah dirumuskan bahawa, seseorang yang telah diberi kuasa undang-undang, tidak boleh menyalahgunakan kuasa tersebut atau melakukan tindakan yang melampaui kuasa yang telah diberikan. Jika tindakan memasuki tanah milik orang lain masih perlu dilakukan, maka tindakan itu tidak boleh dibuat sesuka hati, tetapi perlu mengikut cara dan prosedur yang sewajarnya. Jika tidak, seseorang itu boleh didakwa sebagai penceroboh ab initio.

Dari sudut pandang syariah itu adalah pandangan dan pemahaman ana sahaja dan melihat kepada buku rujukan tulisan prof. Masa ana present tu pun prof setuju dengan apa yang ana bahaskan. Alhamdulillah. Ana seronok belajar subjek ni sebab its simple dan sangatlah menarik ok. Ha, bawah ni adalah gambar kenangan kami setelah habis satu semester belajar subjek ni.ehe 

      Gambaq ni ambil dari ig Nikman (yg buat muka pelik tu). 
Tq nikmanniqmot! hehe


   Rujukan utama kami. Buku yg ditulis oleh prof. sendiri.

 

Semoga entry ini bermanfaat.