Salam. Moga sentiasa di bawah rahmat Ilahi.. emm ana la ni sudah masuk tahun ke2, semester 4 di UKM. So far, awal2 sem ni xda buat apa sangat memandangkan class pun baru bermula, assignment pun xstart wat lg (walaupun ada subjek yg dah dapat tajuk, ehe ^^'). Jadi ana pun update la blog yg hampir bersarang ni.. ahak! keghobik balik hardisk cari bahan assignment dulu2 masa diploma di KUIS. Jadi jumpa la tajuk ni... memang best.
Masa ana buat assignment ni rasa seronok sangat sebab byk maklumat baru yg ana dapat tahu. Sebelum ni belajar hijrah Rasulullah S.A.W, xperhati sangat elemen2 perancangan, pengorganisasian ni. Bila dapat tajuk ni kira lebih teliti la dalam baca sirah Rasulullah S.A.W sebab nak 'detect' benda tu kan.
Alhamdulillah dapat ilmu baru n alfu syukran kepada Ustaz Mohd Isa Bin Mohd Deni, pensyarah subjek Pentadbiran dan Pengurusan Islam KUIS kerana beri tajuk yg menarik ni...uhuhu... n xlupa juga kpd rakan kumpulan yg sama2 buat assignment ni iaitu Mashitoh Mohamad Hashim dan Nurul Syafiqah Mohd Shahdan. Miz both of u my frenzz..
Moga ilmu ini memberi manfaat kepada semua.
............................................................
Pada tahun
ke tiga belas setelah Rasulullah s.a.w diangkat menjadi nabi (622 M), terjadi peristiwa bersejarah dalam
Islam. Peristiwa itu adalah perjalanan Hijrah Rasulullah s.a.w dari kota Makkah
menuju kota Madinah yang merupakan tonggak bersejarah bagi tersebarnya Islam di
muka bumi.
Setelah
mendapat berbagai macam siksaan kaum kafir Quraisy di Makkah, baginda akhirnya
diizinkan Allah melakukan hijrah ke kota Madinah. Di kota inilah, Islam semakin
tumbuh subur dan berkembang. Sinarnya memancar ke seluruh penjuru dunia
menerangi seluruh alam dan membawa rahmat bagi seluruh umat.
Baginda diutus ke seluruh alam ini untuk membawa rahmat yang besar bagi kesejahteraan umat manusia di dunia dan akhirat. 'Rahmat' itu sebenarnya turut meliputi kepimpinan baginda sebagai pakar strategi dan perisikan didalam peristiwa hijrah ini.
Ini
kerana ia merupakan satu momentum dan titik tolak kepada kejayaan penyebaran
Islam di seluruh tanah Arab dan seluruh dunia kemudiannya. Dalam peristiwa
tersebut jelas betapa genius dan pintarnya baginda dalam mengatur strategi dan
membuat perisikan sebelum tugas hijrah yang suci itu dilaksanakan.
Perkataan
'strategi' berasal daripada perkataan Greek strategos, iaitu
istilah ketenteraan untuk menerangkan kemahiran seorang panglima perang. Ia
merujuk kepada perancangan seorang panglima perang mengatur pasukannya dengan
matlamat menewaskan pihak musuh. Carl von Clausewitz, ahli teori seni perang di
abad ke-19, menyatakan strategi sebagai usaha merangka perancangan perang dan
membentuk kempen individu termasuklah membuat keputusan penglibatan individu
tersebut (Sumber: The Essentials of Strategy, 2006: xiii).
Dalam
lain perkataan, jika hijrah ke Madinah menjadi objektif, maka di sini strategi
ialah cara mana Rasulullah boleh melakukannya dengan jaya. Ia
mempunyai lima peringkat iaitu perancangan, pengumpulan data dan
maklumat, pemprosesan bahan tersebut, penganalisisan dan akhirnya penyebaran
hasil perisikan tersebut kepada pihak yang memerlukannya.
Elemen-elemen
strategi/perancangan yang wujud dalam peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w
Dari
segi strategi, ia boleh dikesan menerusi analisis SWOT iaitu kekuatan (strength),
kelemahan (weakness), peluang (opportunity) dan ancaman (threat).
¡
Faktor
kekuatan di sini ialah kesediaan penduduk
Madinah (ketika itu masih bernama Yathrib) menyambut kedatangan baginda. Ini
berikutan beberapa rombongan dari kota tersebut yang telah menemui baginda di
Aqabah, Mina pada 621M terdiri daripada 12 lelaki daripada suku Aus dan
Khazraj. Ia dikenali sebagai Baiah Al-'Aqabah Pertama.
¡
Ini
diikuti oleh Baiah Al-'Aqabah Kedua pada Jun 622M di mana melibatkan kira-kira
70 orang Madinah yang menunaikan ibadah haji (Sumber: Safiyyu Al- Rahman Al-
Mubarakfuri, Sirah Nabawiyyah, 2008: 207&211). Mereka berjanji
tidak mempersekutukan Allah, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak
mereka dan tidak menentang baginda.
¡
Kekuatan yang
lain ialah kebijaksanaan Rasulullah memilih Gua Thur sebagai tempat
persembunyian semasa berhijrah. Ini kerana posisi gua tersebut terletak di selatan Mekah, bukan jalan menuju Madinah dan ia boleh mengelirukan pihak
musuh. Lebih-lebih lagi gua tersebut agak tinggi, mempunyai jalan yang bengkang
bengkok dan sukar didaki. Setelah
3hari 2 malam di Gua Thur, baginda berhenti selama 4 hari di Quba' dan membina
masjid Quba'(masjid pertama dalam
Islam).
Baginda juga menuju Madinah menggunakan jalan yang jarang dilalui oleh penduduk
Mekah.
¡
Hijrah
ke Madinah ini juga Rasulullah dan Saidina Abu Bakar menempuh jalan yang
sulit dan banyak rintangan. Ia bukan sahaja sukar dilalui, tetapi terdedah
kepada risiko lapar dan dahaga serta penuh kegelapan. Mereka juga mudah
terdedah kepada ancaman suku kaum yang tidak dikenali di sepanjang perjalanan. Beliau berjalan ke arah selatan, padahal
tujuan beliau sebenarnya ke arah utara (Madinah).
¡
Dari
aspek peluang pula, Rasulullah telah
menjangkakan Madinah adalah lokasi yang terbaik untuk memantapkan penyebaran
agama Islam. Di situ, baginda dan golongan Muhajirin akan kurang diganggu dan
ditindas oleh kaum Quraisy Mekah.
¡
Aspek
ancaman semasa berhijrah datangnya
daripada bangsa Yahudi di Madinah. Ini kerana mereka menganggap menjadi bangsa
terpilih oleh Allah SWT. Sebaliknya Nabi Muhammad, daripada bangsa Arab. Ini
menyebabkan mereka merasa iri hati. Mereka mengadakan konspirasi dengan
golongan munafik dan Quraisy Mekah.
¡
Bagaimanapun
ancaman tersebut dapat ditangani apabila Rasulullah mengadakan perjanjian
dengan mereka. Baginda bertindak tegas apabila berlaku perlanggaran syarat
perjanjian. Peralatan perang mereka dirampas dan ini melemahkan kekuatan
ketenteraan mereka.
Rasulullah juga mempunyai unsur-unsur pengorganisasian. Sumber perisikan dan pembantu yang dapat melicinkan lagi pelaksanaan hijrah ke Madinah. Dalam istilah perisikan ia dikenali sebagai HUMINT (human intelligence).
¶ Antaranya
ialah Abu Bakar As-Siddiq r.a. yang menemani baginda sepenuh masa
sewaktu berhijrah. Kemudian, sebelum berangkat ke Madinah, pada siang hari yang sangat panas
Rasulullah s.a.w mendatangi Abu Bakar. Beliau datang dengan cara
sembunyi-sembunyi. Lalu beliau berkata kepada Abu Bakar, “Suruhlah keluargamu
ke luar rumah!” Abu Bakar menjawab, “Ya, Rasulullah, tidak ada siapa-siapa
selain keluargaku.” Dalam hal ini Rasulullah memerintahkan Abu Bakar agar
berhati-hati, supaya rencana hijrah ini jangan sampai diketahui oleh orang
lain. Bersama Abu Bakar, beliau telah
menyiapkan haiwan tunggangan. Ini merupakan
perencanaan strategi yang dilakukan secara matang dan penuh perhitungan.
¶ Begitu
juga Ali bin Abi Talib r.a. yang menggantikan baginda di tempat tidur
pada malam hijrah. Sebelum
itu beliau
berpesan kepada Ali agar mengembalikan barang-barang orang Quraisy yang diberikan kepada beliau. Ini merupakan salah satu
akhlak Rasulullah yang sangat mulia, dimana beliau senantiasa berlaku amanah iaitu mengembalikan pemberian tadi meskipun terhadap orang yang berbuat jahat terhadap
beliau.
¶ Pembantu
lain ialah Asma' anak perempuan Abu Bakar yang menguruskan bekalan
makanan. Dia mengikat bekal itu dengan ikat
pinggangnya, setelah ia membahagi ikat pinggang itu menjadi dua bahagian. Setiap petang dia mengantar bekalan itu ke gunung
Tsur, padahal saat itu dia sedang hamil besar. Inilah yang menyebabkan orang
Quraisy tidak curiga sama sekali ketika Asma` mendaki gunung Tsur.
¶
Ini
diikuti Abdullah anak lelaki Abu Bakar yang mencari maklumat perisikan.
Pada sebelah siang beliau keluar mencari maklumat yang menjadi isu percakapan
orang ramai, kemudian melaporkan kepada baginda dan bapanya pada sebelah malam.
Hal ini menunjukkan betapa pentingnya informasi dalam mengatur strategi yang
berkesan.
¶
Ini
dimantapkan lagi oleh Amir bin Fuhairah, hamba kepada Abu Bakar yang
menjadi gembala ternakan. Beliau membantu persembunyian di Gua Thur, di samping
mengelirukan pihak musuh. Pada sebelah siang beliau menggembala ternakan di
Mekah tetapi pada sebelah petang membawa kambing ke tempat persembunyian untuk
membekalkan susu kepada mereka.
¶
Seterusnya
mendapat perkhidmatan seorang penunjuk jalan yang mahir dengan situasi kawasan
dan jalan untuk berhijrah. Walaupun Abdullah bin Uraiqit seorang
musyrik, tetapi beliau amanah dan taat menyimpan rahsia.
Baginda
juga sentiasa membuat tindakan follow-up dan follow-through
terhadap sokongan yang telah dijanjikan. Contohnya, baginda mengutus seorang
sahabat, Mush'ab bin Omar kepada rombongan dari Yathrib (Madinah) yang berjanji
setia dengan baginda, di samping mengajarkan al-Quran dan agama Islam.
Berdasarkan kepada perbincangan di atas adalah jelas bahawa Nabi s.a.w menggunakan strategi dan perisikan semasa berhijrah ke Madinah. Memang tepat kata Sun Tzu dalam buku The Art of War, "Raja dan panglima yang bijak boleh menewaskan musuh jika mereka bergerak dan mencapai kejayaan melebihi orang biasa kerana mempunyai maklumat awal. Maklumat tersebut tidak dapat diperoleh daripada makhluk halus, dewa atau pengalaman mahupun telekan nujum. Ia mesti diperoleh daripada orang yang mengetahui situasi musuh."
Jelas, kita dapat
melihat dengan lebih mendalam kronologi peristiwa hijrah Nabi Muhammad S.A.W yang
meliputi pelbagai sudut perancangan dan perorganisasian dalam
hijrah baginda dari Mekah ke Madinah. Rasulullah juga sentiasa menganalisis
maklumat perisikan yang diterima dari hijrah yang baginda lakukan. Selain itu,
kita juga boleh mengambil iktibar dari peristiwa ini iaitu dalam melakukan usaha dakwah, kita hendaklah
mempunyai strategi yang mantap. Bukan itu sahaja, bagi pendapat ana sebagai umat Islam kita wajib
bekorban untuk meninggikan martabat Islam di mata dunia dan sentiasa berpegang
kepada agama Islam dan kesatuan aqidah yang merupakan asas kepada perpaduan
umat Islam. Sebagai umat Islam kita sepatutnya mencontohi baginda yang
merupakan umat kelas pertama yang berkebolehan dalam mengurus serta mentadbir
sesuatu organisasi.
....................................................................
Semoga entry ini bermanfaat.
sekadar penambah baikan, setiap fakta boleh tak sertakan sekali sumber yang sahih untuk kebaikan bersama :)
ReplyDeleteTerima kasih banyak atas komen. Kalau diperhatikan betul2 saya ada menyertakan sekali sumber rujukannya cuma tidak lengkap dan tidak pada keseluruhan artikel ini.
Delete