Assalamualaikum
Ehe… ana baru lepas naik midsemester break. Sat ja dah mid
sem kan…aha, yang pastinya exam midterm bakal menanti. Sepanjang duduk di rumah tak ada la buat apa
sangat. Cuma nak kongsi berkenaan dengan Majlis Ikrar Gemilang Pelajar SPM 2013 adik ana. Adik
ana bersekolah di SMK Convent Taiping. Dah 2 orang adik ana sekolah situ.
Sorang lagi dah jadi mahasiswi UIAM dah. Pendek kata sekolah ni banyak berjasa
kepada kami adik beradik. Wah gitu! Sekolah ni bertaraf sekolah kluster. Setiap
tahun ramai pelajarnya yang dapat straight A. Hope this year adik ana menjadi
salah seorang pelajarnya yang mendapat straight A. Ameen…
|
SMK Convent Taiping |
|
SMK Convent Taiping |
|
Pandangan bangunan hadapan sekolah |
|
Dewan Srikandi-tempat kejadian |
|
Buku program yang ana dapat |
Ana menghadiri majlis
ini bersama mak terchinta sehari sebelum balik UKM balik. Ingatkan sekadar
dengaq ucapan ja rupanya ada bacaan ikrar oleh ibubapa, guru-guru dan pelajar
SPM , ada nyanyian lagu Bonda dll. Yang ana nak highlight kat sini upacara
memasang lencana pada anak-anak. So sweet… bukan semua sekolah ada upacara
macam ni. Ibubapa perlu memakaikan lencana tersebut di hadapan dewan kepada
anak masing-masing diiringi pula dengan lagu Bonda yang sedih tadi tu nyanyian…(xingat nyanyian sapa la..ehe) sapa yang tak tahan, memang sebak la. Hukhuk..
Sejak dari hari bacaan ikrar tu, pelajar SPM ni perlu
memakai lencana tersebut sepanjang masa persekolahan. Secara tidak langsung ia menjadi
satu motivasi kepada calon SPM ni untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam
SPM @ straight A. Yalah dah tersemat di tudung/baju masing-masing, jadi setiap
hari mereka tatap lencana tu kan. Memang sudah menjadi tradisi SMK Convent
Taiping ni buat lencana sebegitu kepada pelajanya yang bakal menduduki
peperiksaan PMR dan SPM. Ada
upacara rasmi yang dihadiri oleh ibubapa lagi untuk memasang lencana tu. Kemudian pelajar-pelajar juga perlu menandatangani 'perjanjian' @ Aku Janji untuk berusaha bersungguh-sungguh capai kecemerlangan...Ibu bapa juga perlu menandatangani 'perjanjian' itu. Antara perkara yang termaktub dalam itu ialah ibubapa perlu membantu anak-anak mereka dan memberi dorongan kepada anak-anak. Jadi
tidak hairanlah SMK Convent menjadi sekolah harapan daerah Taiping.
|
Aku Janji yang pelajar dan ibubapa perla tandatangan |
|
Suasana dalam dewan |
Ana
berharap semoga lebih banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang mencontohi
kesungguhan sekolah ini dalam melahirkan pelajar yang cemerlang. Bukan upacara
ni semata-mata yang menyebabkan pelajarnya maju, tetapi kerjasama daripada
guru-guru, ibubapa dan pelajar itu sendiri dalam meningkatkan prestasi sekolah
khususnya kualiti pelajar-pelajar yang dilahirkan. Kecemerlangan akademik
semata-mata tiada guna juga sekiranya akhlak dan budi pekerti pelajar yang
dilahirkan tidak cemerlang. Pelajar yang
cemerlang akademik dan memiliki akhlak serta budi pekerti yang luhur lah yang
menjadi harapan agama, bangsa dan negara. Negara kita kehausan pelajar begini.
Aset inilah yang perlu dilahirkan di sekolah-sekolah di Malaysia. Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment