Saturday 22 October 2011

INDAHNYA MALU

Ana nk kongsi berkaitan dengan sifat malu. kalau nk diikutkan malu ni byk jenisnya. perasaan ni biasanya sinonim dgn perempuan. Malu adalah warisan para Nabi yang diamalkan dari generasi ke generasi hingga kepada umat Rasulullah S.A.W sebagaimana sabda baginda yg bermaksud : 

" Sesungguhnya apa yg diperolehi manusia dari ucapan kenabian yang pertama ialah, " jika kamu tidak malu maka lakukanlah apa yang kamu kehendaki."  (HR. Bukhari)

Rasulullah adalah penghulu seluruh Nabi. Baginda ialah seorang yang sangat pemalu bahkan lebih malu daripada seorang gadis. Malu juga sifat para malaikat. Seseorang yg bersifat malu akan menghasilkan suatu yang baik. sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : 

" Malu tidak mendatangkan kecuali kebaikan " (HR. Bukhari dan Muslim)

Hadith tersebut menyuruh kita supaya menghiasi diri dengan sifat malu kerana sifat ini akan memberi impak yg baik kepada diri seorang muslim dan dapat menghindarkan seseorang daripada melakukan perbuatan buruk dan keji.

Ok sahabat2, Mari kita lihat contoh sifat malu yang ditunjukkan oleh para Nabi Allah :-

1) Malu Nabi Adam dan Siti Hawa
Sejarah malu bermula sejak Nabi Adam dan Siti Hawa yang terdedah aurat kerana kesalahan memakan buah khuldi. Saat itu Nabi Adam dan Siti Hawa memetik daun-daun kayu di syurga untuk menutup aurat mereka.

2) Malu Nabi Yusuf
Rasa malu juga ditunjukkan oleh Nabi Yusuf bin Nabi Yaakub ketika membelakangi Zulaikha yg menggodanya di istana Raja Abdul Aziz di Mesir. Nabi Yusuf menutup matanya kerana tidak mahu melihat aurat zulaikha yang cantik. " Aku malu dengan Allah " kata Nabi Yusuf.

3) Malu Rasulullah S.A.W
Rasa malu yang tinggi juga kita dapat lihat pada diri Rasulullah S.A.W yang bergetar lutut ketika auratnya disingkap oleh angin. " Mengapakah lututmu bergetar wahai anakku?" Tanya bapa saudaranya Abbas bin Abdul Mutalib. " Wahai pakcik, aku malu!" Jawab Muhammad  yang waktu itu baru berusia 35tahun dan belum menjadi rasul.

Juga ketika Nabi Musa AS menyuruh Rasulullah S.A.W kembali menghadap Allah untuk meminta pengurangan lagi terhadap lima waktu sembahyang pada malam Isra' dan Mikraj. Nabi Muhammad S.A.W menolak perintah Nabi Musa AS kerana baginda malu dengan Allah. Daripada 50 waktu sudah dikurangkan 45, biarlah baki lima waktu diterima dengan ikhlas sebagai kewajipan bagi Nabi Muhammad S.A.W dan umatnya.

Itulah dia sahabat2 serba sedikit contoh sifat malu yang ditunjukkan oleh Nabi Allah. Subhanallah, indah sungguh akhlak mereka kan. Jadi semakin kuat akidah seseorang semakin mendalam juga rasa malunya sama ada dengan Allah atau sesama manusia. Sebaliknya semakin cetek akidah seseorang, semakin tipis imannya dan kurang perasaan MALUnya. Jadi, marilah kita menanam sifat MALU dalam diri agar terpelihara maruah kita sebagai seorang muslim. Tapi ingat sahabat2, malu biarlah bertempat ya..~


Sumber : Pesonanya Malu, Adil Akhyar

No comments:

Post a Comment