Sunday, 29 March 2015

Nasihat Imam Abu Hanifah tentang kehidupan


1. Jangan bakhil atau kedekut kerana perangai itu memalukan.


2. Jangan pula tamak dan berdusta, bahkan hendaklah sentiasa menjaga maruah.


3. Sentiasa menghormati dan meminta ampun maaf kepada guru juga pendidik.


4. Sentiasa menziarahi kubur guru dan tempat-tempat berkat,


5. Bercampur dengan orang yang tidak baik hanya untuk menyeru ke jalan Islam.


6. Jangan banyak memaki hamun dan mencela orang lain.



7. Bersegera ke masjid setiap kali mendengar laungan azan.


8. Jagalah rahsia jiran tetangga dan menyebar rahsia yang diamanahkan.



9. Bencikan perkara yang hina di sisi orang berilmu.


10. Janganlah banyak bercerita atau bercakap kerana ia akan menjadi pembohongan.




            "Ya Allah, mudahkan hatiku menerima 
                 nasihat dan mengamalkan perbuatan elok"


Sumber: Trivia Gen Q, Isu 2.

Saturday, 28 March 2015

Cikgu lukis misai kucing pada muka guna kapur

Assalamualaikum.

Ana berpengalaman menjadi guru di sebuah sekolah menengah di Banting, Selangor. Bagaimana teknik mengajar, bagaimana mahu memikat hati pelajar mendengar apa yang kita ajarkan, bagaimana mahu mendekati pelajar yang nakal, yang pandai, yang kurang minat belajar dan sebagainya. Semua ini memberi ana satu pelajaran. Disebabkan sekolah tersebut mempunyai 10 kelas setiap tingkatan, sudah pastilah berbeza pendekatan yang perlu ana bawakan ketika mengajar di kelas paling atas sehinggalah kelas paling bawah. Serba sedikit hal ini mengajar ana sesuatu yang baru dalam kamus hidup ana. Teaching is not my passion actually. Sebab apa? banyak sebabnya. Bukan itu yang ana nak cerita. 

          ..................................................




Ketika ana darjah satu, ana mempunyai pengalaman yang sangat unik. Ana bersekolah disebuah sekolah yang terletak di Kuang, Selangor. Ana merupakan murid yang agak cergas dan cerdas. Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari di dalam kelas, seorang guru perempuan memberi tugasan kepada kami sekelas. Beliau memberi nota yang ditulis dipapan hitam dan meminta kami menyalin nota tersebut didalam buku latihan. 

Sebagai seorang murid yang pantas dan cergas (weekk perasan!), ana dengan semangat yang berkobar-kobar menyalin tugasan tersebut dengan satu spirit yang orang boleh kata padu dan jitu sekali. Maklumlah budak darjah satu kan, apa yang cikgu cakap kita pantas ja ikut tanpa banyak soal. Tidak lama kemudian, ana siap menyalin.  

Ok, this is the best part, setelah selesai menyalin nota tersebut, ana dengan perasaan yang tidak tahu malunya, pergi ke hadapan kelas, kemudian mengambil kapur (zaman dulu kan papan hitam pakai kapur) dan menyonteng papan hitam. Conteng di bahagian bawah. Bukan pada nota yang cikgu tulis tu. Waktu tu kan pendek. Mana sampai nak tulis setanding tulisan cikgu tu. I dont remembered apa yang ana conteng, maybe A B C D E, 1 2 3 4 5 or whatever. Motif?? Ana pun tak tahu apa motif ana buat begitu. Ke hadapan dan conteng papan hitam. Tiada seorang pun rakan dalam kelas itu bersuara setelah melihat tindakan ana. 

Cikgu yang terkejut dengan tindakan ana itu lantas bangun dengan keadaan yang berang sekali. Memarahi ana atas tindakan tersebut dan berkata kalau dah siap, duduk sahaja. Dia seterusnya mengambil kapur dan melukis misai kucing dimuka ana. Itu lah yang ana ingat dia lukis. Selebihnya tak ingat. Tapi muka tu jadi kucing la. Dengan nada yang marah dia berkata "Jangan padam apa yang saya lukis dimuka awak ini sampai rehat". Tak ingat. Samada sampai balik atau sampai rehat jangan dipadam. Rasanya sampai rehat.

Allahu akbar, pada ketika itu ana malu bukan kepalang. Air jernih bertakung dimata. Nak menangis segan. Malu dengan kawan-kawan yang mentertawakan muka ana dah jadi kucing itu. Sampai sahaja waktu rehat, perasaan sebak di dada tidak tertahan lagi. Ana menangis teresak-esak di dalam kelas. Pada ketika itu ada seorang sahabat ana yang mententeramkan ana. Allahu, terima kasih sahabat. Aku tidak ingat siapa kau. Kau temani aku dikala ku pilu. Terima kasih. Moga kehidupan kau bahagia dunia akhirat. Disebabkan air mata yang mengalir di pipi, secara tidak langsung memadamkan misai kucing tersebut. Ana ingat lagi, ana tidak lap pun air mata sebab takut misai terpadam. Kanak-kanak kan. Memang patuh pada arahan. 

Sebab apa? Sebab apa ana bertindak begitu? ke hadapan kelas, conteng papan hitam, sangat berani, sebab apa? Apa motif awak buat begitu? Ana sendiri pun tak dapat jawab. Mungkin pada ketika itu sel-sel otak berhubung dan seterusnya bertindak di luar jangka. Allahu rabbi, seorang anak kecil yang masih belum mengenal dunia, masih belum boleh membezakan mana yang baik, mana yang buruk, bertindak di luar jangkaan sebegitu adakah ia satu dosa? adakah ia sesuatu yang pelik? Ya, memang pelik ok. Wajarkah dia dihukum sebegitu malu? Jawapan pertama adalah wajar. Untuk mengajar dia agar lebih beradab. Jawapan kedua adalah tidak wajar. Banyak lagi cara lain yang lebih lembut untuk mengajar anak kecil. 

Kesannya, selepas peristiwa tersebut, ana menjadi murid yang pasif. Tidak lagi cergas dan cerdas. Pengalaman pahit muka diconteng menjadi kucing menghantui diri disetiap penjuru. Ana tidak menyalahkan cikgu tersebut. Mungkin pada ketika itu dia terlalu marah. Ana pun satu. Kenapa buat begitu?? Haishh...memalukan betul! Walaubagaimana pun, dia adalah cikgu ana. Guru yang memberi ilmu kepada ana sehinggalah ana menjadi manusia seperti sekarang. Hormat ana pada cikgu tidak pernah luntur. Terima kasih cikgu. Kenangan muka diconteng menjadi kucing memberi kesan yang sangat besar pada diri ini. Impak dari sudut positif mahupun negatif. 

And now, apabila ana mandapat amanah menjadi guru, ana sedaya upaya cuba menjadi guru yang terbaik. Guru yang bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu, guru yang sentiasa berhikmah dalam kata-katanya serta guru yang bijak menyelesaikan masalah pelajarnya. Apa yang terjadi dalam kehidupan kita sebenarnya adalah pengajaran buat diri. Kita ambil iktibar dari masa lalu dan perbaiki apa yang perlu. Sekiranya tindakan itu dirasakan tidak sesuai atau tidak kena, jangan kita ulangi hal tersebut kepada pelajar kita. 

Kepada guru diluar sana, ingatlah, ikhlaskan diri dalam menyampaikan ilmu. Segala tindakan guru memberi kesan kepada murid dalam jangka masa yang panjang. Bersikap rasionallah dalam mendidik anak bangsa dan bijak lah dalam memberi hukuman. 




Semoga entry ini memberi sinar kepada semua guru di luar sana. (n_n)'


Thursday, 19 March 2015

Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku


Assalamualaikum


Allahurabbi..ana terkesan dengan kisah hebat puteri Rasulullah SAW ini. Ingin ana kongsikan kepada semua muslimah di luar sana tentang kisah ini untuk dijadikan inspirasi dalam hidup kita. Allah, aku juga mahu tinggalkan dunia ini dalam sujudku. Ameen ya rabbal a'lamin...

 ..................................................

SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak:

“Ayah…sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!”
Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika itu aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit. Apabila aku mendongak ternampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.

Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa senyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: “Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan….”

Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan. Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai corak dan warna.

Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kasturi.

Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: “Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?”

Malaikat-malaikat itu menjawab: 
“ Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-kauthar yang telah Allah janjikan kapada ayahandamu.”

Aku bertanya lagi: “ Di mana ayahandaku?”
Malaikat-malaikat menjawab: “ Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!” Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.

Ayahanda berkata: “Selamat datang wahai puteriku!”
Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi: “Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?”

Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan serta saujana mata memandang. Ayahanda berkata: “Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka.
Bergembiralah… engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi…” Aku berkata : “Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda.”

Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga.Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah
ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi
selepasnya.

Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda . Aku tahu tidak lama lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini
untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.

Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan
seperti yang dilihat dibuat di Habshah. Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku.Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.

Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarahi makam ayahanda. Tubuhku teras amat lemah untuk memijak. Tapi aku gagah juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.

Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu…
Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku mengadap Illahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada disisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.

Aku terus meniggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.

Pada Asma aku berpesan, “ Wahai Asma perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!”

Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun…

…………………………………….

Aku dalam cerita diatas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah SAW dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah SAW wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi’ di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?


Petikan : Majalah Mastika, Mei 2006.


Wednesday, 11 March 2015

HANYUT


Kita
Banyak lagi ayat al-Quran yang masih tidak difahami
Banyak lagi ayat al-Quran yang masih tidak dikaji

Banyak lagi hadis tidak dibaca
Banyak lagi sunah tidak diteroka

Banyak lagi amalan tercela
Banyak lagi amalan sunat, harus, makruh perlu dibela dan dijaga

Gunakanlah roh yang masih terkandung di badan
Amalan mulia syariat Nabi mengikut al-Quran

Gunakanlah waktu bersisa
Talian hayat satu ini ada waktu jangka
Sebelum tercungap di hujung nyawa
Tatkala nafas tidak sekata
Sebelum malaikat maut datang menyapa

Maka...
Penuhilah masa
Dengan amalan berguna dan berjasa


Sumber: Diari Islamiah 1435-1436



Sunday, 8 March 2015

Harga Tiket Muzium Perak

Assalamualaikum


Sepanjang ana menetap di Taiping hampir 15 tahun memang ana selalu sangat la melawat Muzium Perak sebab dia tidak ada tambang masuk. So, ayah memang selalu bawak kami adik-beradik ke situ lepas bersiar-siar kat Taman Tasik Taiping. ehe. Akan tetapi, baru-baru ini ana pergi lagi ke situ bawak sanak saudara yang datang dari Nilai. Ana pun dengan keyakinan yang tinggi cakap, jum la kita p muzium pulak(selepas melawat Zoo Taiping & Taman Tasik Taiping). Masuk free ja. Mereka pun setuju la. tup tup ada tambang masuk kena bayar. MasyaAllah terkejut la ana sebab selama ni masuk percuma ja. Entah bila start kena bayar pun ana tidak tahu. Sungguh menyedihkan!


Inilah Muzium Perak. Cantik kan bangunan dia. Dibina pada tahun 1886. Gambar ambil di google je.


By the way tambangnya tidak la begitu mahal. Tapi sedih la jugak sebab kena bayar kan kan...


Harga Tiket
Dewasa dengan pemegang Mykad : RM 2.00
Pelajar sekolah menengah tidak berpakaian seragam : RM 2.00
Kanak-kanak dengan pemegang Mykid : Percuma
Warga emas dan OKU : RM 1.00
Ahli Majlis Muzium Antarabangsa (ICOM) : Percuma



Ticket Prices
Adult : RM 5.00
Children age 6-12 years : RM 2.00

Macam pelik sikit harga tiket tu. Tapi itulah yang ditulis dipapan harga tu. Ana ikut 100% je. Berikut ana kongsikan beberapa keping gambar yang sempat ana ambil. 


Ini tingkat bawah. Kawasan haiwan dan rangka-rangka haiwan.

Rangka gajah. Amazing!

Ini kawasan hidupan laut. 

Perkahwinan tradisional Melayu, Cina dan India juga dipaparkan sejarahnya.

Congkak. Permainan tradisi yang paling ana terer main. oho

Museum kid corner pun ada tau.

Kedai cenderamata.


Muzium ini ada dua tingkat. Gambar-gambar ini semua di tingkat bawah. Ada pelbagai jenis haiwan, seni tradisional, topeng-topeng. Ditingkat dua dipaparkan sejarah tamadun orang asli. Sesungguhnya lawatan ke muzium ini memberi banyak manfaat dan ilmu pengetahuan kepada kita. Kita juga dapat merasakan keagungan Allah SWT berdasarkan penciptaan makhluk Allah yang bernama haiwan. Subhanallah. Teringat pesan pensyarah ana dulu Dr. Azmul Fahimi " Sesiapa yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya". Ada kena mengena ke? Rasanya ada. haha


Semoga entry ini bermanfaat (n_n)'