Saturday, 28 March 2015

Cikgu lukis misai kucing pada muka guna kapur

Assalamualaikum.

Ana berpengalaman menjadi guru di sebuah sekolah menengah di Banting, Selangor. Bagaimana teknik mengajar, bagaimana mahu memikat hati pelajar mendengar apa yang kita ajarkan, bagaimana mahu mendekati pelajar yang nakal, yang pandai, yang kurang minat belajar dan sebagainya. Semua ini memberi ana satu pelajaran. Disebabkan sekolah tersebut mempunyai 10 kelas setiap tingkatan, sudah pastilah berbeza pendekatan yang perlu ana bawakan ketika mengajar di kelas paling atas sehinggalah kelas paling bawah. Serba sedikit hal ini mengajar ana sesuatu yang baru dalam kamus hidup ana. Teaching is not my passion actually. Sebab apa? banyak sebabnya. Bukan itu yang ana nak cerita. 

          ..................................................




Ketika ana darjah satu, ana mempunyai pengalaman yang sangat unik. Ana bersekolah disebuah sekolah yang terletak di Kuang, Selangor. Ana merupakan murid yang agak cergas dan cerdas. Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari di dalam kelas, seorang guru perempuan memberi tugasan kepada kami sekelas. Beliau memberi nota yang ditulis dipapan hitam dan meminta kami menyalin nota tersebut didalam buku latihan. 

Sebagai seorang murid yang pantas dan cergas (weekk perasan!), ana dengan semangat yang berkobar-kobar menyalin tugasan tersebut dengan satu spirit yang orang boleh kata padu dan jitu sekali. Maklumlah budak darjah satu kan, apa yang cikgu cakap kita pantas ja ikut tanpa banyak soal. Tidak lama kemudian, ana siap menyalin.  

Ok, this is the best part, setelah selesai menyalin nota tersebut, ana dengan perasaan yang tidak tahu malunya, pergi ke hadapan kelas, kemudian mengambil kapur (zaman dulu kan papan hitam pakai kapur) dan menyonteng papan hitam. Conteng di bahagian bawah. Bukan pada nota yang cikgu tulis tu. Waktu tu kan pendek. Mana sampai nak tulis setanding tulisan cikgu tu. I dont remembered apa yang ana conteng, maybe A B C D E, 1 2 3 4 5 or whatever. Motif?? Ana pun tak tahu apa motif ana buat begitu. Ke hadapan dan conteng papan hitam. Tiada seorang pun rakan dalam kelas itu bersuara setelah melihat tindakan ana. 

Cikgu yang terkejut dengan tindakan ana itu lantas bangun dengan keadaan yang berang sekali. Memarahi ana atas tindakan tersebut dan berkata kalau dah siap, duduk sahaja. Dia seterusnya mengambil kapur dan melukis misai kucing dimuka ana. Itu lah yang ana ingat dia lukis. Selebihnya tak ingat. Tapi muka tu jadi kucing la. Dengan nada yang marah dia berkata "Jangan padam apa yang saya lukis dimuka awak ini sampai rehat". Tak ingat. Samada sampai balik atau sampai rehat jangan dipadam. Rasanya sampai rehat.

Allahu akbar, pada ketika itu ana malu bukan kepalang. Air jernih bertakung dimata. Nak menangis segan. Malu dengan kawan-kawan yang mentertawakan muka ana dah jadi kucing itu. Sampai sahaja waktu rehat, perasaan sebak di dada tidak tertahan lagi. Ana menangis teresak-esak di dalam kelas. Pada ketika itu ada seorang sahabat ana yang mententeramkan ana. Allahu, terima kasih sahabat. Aku tidak ingat siapa kau. Kau temani aku dikala ku pilu. Terima kasih. Moga kehidupan kau bahagia dunia akhirat. Disebabkan air mata yang mengalir di pipi, secara tidak langsung memadamkan misai kucing tersebut. Ana ingat lagi, ana tidak lap pun air mata sebab takut misai terpadam. Kanak-kanak kan. Memang patuh pada arahan. 

Sebab apa? Sebab apa ana bertindak begitu? ke hadapan kelas, conteng papan hitam, sangat berani, sebab apa? Apa motif awak buat begitu? Ana sendiri pun tak dapat jawab. Mungkin pada ketika itu sel-sel otak berhubung dan seterusnya bertindak di luar jangka. Allahu rabbi, seorang anak kecil yang masih belum mengenal dunia, masih belum boleh membezakan mana yang baik, mana yang buruk, bertindak di luar jangkaan sebegitu adakah ia satu dosa? adakah ia sesuatu yang pelik? Ya, memang pelik ok. Wajarkah dia dihukum sebegitu malu? Jawapan pertama adalah wajar. Untuk mengajar dia agar lebih beradab. Jawapan kedua adalah tidak wajar. Banyak lagi cara lain yang lebih lembut untuk mengajar anak kecil. 

Kesannya, selepas peristiwa tersebut, ana menjadi murid yang pasif. Tidak lagi cergas dan cerdas. Pengalaman pahit muka diconteng menjadi kucing menghantui diri disetiap penjuru. Ana tidak menyalahkan cikgu tersebut. Mungkin pada ketika itu dia terlalu marah. Ana pun satu. Kenapa buat begitu?? Haishh...memalukan betul! Walaubagaimana pun, dia adalah cikgu ana. Guru yang memberi ilmu kepada ana sehinggalah ana menjadi manusia seperti sekarang. Hormat ana pada cikgu tidak pernah luntur. Terima kasih cikgu. Kenangan muka diconteng menjadi kucing memberi kesan yang sangat besar pada diri ini. Impak dari sudut positif mahupun negatif. 

And now, apabila ana mandapat amanah menjadi guru, ana sedaya upaya cuba menjadi guru yang terbaik. Guru yang bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu, guru yang sentiasa berhikmah dalam kata-katanya serta guru yang bijak menyelesaikan masalah pelajarnya. Apa yang terjadi dalam kehidupan kita sebenarnya adalah pengajaran buat diri. Kita ambil iktibar dari masa lalu dan perbaiki apa yang perlu. Sekiranya tindakan itu dirasakan tidak sesuai atau tidak kena, jangan kita ulangi hal tersebut kepada pelajar kita. 

Kepada guru diluar sana, ingatlah, ikhlaskan diri dalam menyampaikan ilmu. Segala tindakan guru memberi kesan kepada murid dalam jangka masa yang panjang. Bersikap rasionallah dalam mendidik anak bangsa dan bijak lah dalam memberi hukuman. 




Semoga entry ini memberi sinar kepada semua guru di luar sana. (n_n)'


No comments:

Post a Comment