Assalamualaikum
Allahurabbi..ana terkesan dengan kisah hebat puteri Rasulullah SAW ini. Ingin ana kongsikan kepada semua muslimah di luar sana tentang kisah ini untuk dijadikan inspirasi dalam hidup kita. Allah, aku juga mahu tinggalkan dunia ini dalam sujudku. Ameen ya rabbal a'lamin...
..................................................
SUATU
malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah
ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat
ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak:
“Ayah…sudah
lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!”
Waktu
itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika itu aku
sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas
menarik tanganku, membawa aku naik ke langit. Apabila aku mendongak
ternampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta
anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.
Keindahan istana
demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu
mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para
bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa senyum dan
bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: “Selamat datang wahai makhluk
yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan….”
Malaikat itu terus
membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang
dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya
bergemerlapan. Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai
perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan
tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira,
bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis
dan tebal. Juga terdapat
selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai corak dan warna.
Di atas rak-rak
kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh
menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang
lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh
memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya
lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kasturi.
Aku yang
kehairanan dan takjub lantas bertanya: “Untuk siapakah tempat-tempat indah
sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?”
Malaikat-malaikat
itu menjawab:
“ Tempat ini
adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga
Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada
dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-kauthar yang telah
Allah janjikan kapada ayahandamu.”
Aku bertanya lagi:
“ Di mana ayahandaku?”
Malaikat-malaikat
menjawab: “ Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!” Tidak lama
kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang
tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang
di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas
singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda
menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.
Ayahanda berkata:
“Selamat datang wahai puteriku!”
Lalu ayahanda
meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi: “Wahai puteriku,
tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?”
Ayahanda
menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah
menawan serta berkilau-kilauan serta saujana mata memandang. Ayahanda berkata:
“Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang
yang mencintaimu dan mencintai mereka.
Bergembiralah…
engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi…” Aku berkata :
“Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda.”
Selepas berjumpa
beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga.Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat
sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah
ayahanda beberapa
hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah
membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi
selepasnya.
Sejak hari
ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin
terasa selepas bermimpi
bertemu ayahanda . Aku tahu tidak lama lagi aku akan meninggalkan dunia fana
ini
untuk bersama
ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.
Aku menceritakan
mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu
saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat
usungan
seperti yang
dilihat dibuat di Habshah. Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku
berwasiat supaya jenazahku
nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku.
Aku juga meminta suamiku supaya supaya menikahi Umamah, saudara
perempuanku.Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.
Setelah merasa
saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarahi makam ayahanda.
Tubuhku teras amat lemah untuk memijak. Tapi aku gagah juga untuk bersembahyang
dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.
Tidak lama lagi
jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku
peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu…
Selamat tinggal
sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku mengadap Illahi tanpa
tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku.
Biarlah mereka berada disisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau
boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.
Aku terus
meniggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku
mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan.
Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa
kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang
sentiasa mengurus dan merawatku.
Pada Asma aku
berpesan, “ Wahai Asma perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah
membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali
dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah
aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!”
Setelah sejam
berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan.
Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung
itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun…
…………………………………….
Aku dalam cerita
diatas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah SAW dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari
Rasulullah SAW wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi’ di
Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?
Petikan : Majalah
Mastika, Mei 2006.
No comments:
Post a Comment